"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Friday 30 September 2011

Bantulah hamba ya Allah..

salam..sayang,

Terkadang pelik juga cinta itu,
kalau menyinta harus sanggup berkorban,
sebagaimanapun risikonya,
agar orang yang kita cinta itu bahagia.
biarpun mengoyak hati sendiri,

Sayang aku dah letih
dengan permainan cinta ini..
cinta Allah tak sesusah menyintai manusia,
aku tak tahan lagi..
aku dah letih aku dah tak berdaya..

Wahai Allah,
tunjuki hamba, kasihanilah hamba,
hamba dah letih menyayangi, dan menyintai manusia,
hamba dah tak berdaya menanggung derita hati dan jiwa,
mata hamba ini tak berhenti menangis..

Wahai Allah,
andai aku tidak punya jodoh dengannya,
relakanlah hati hamba beralah,
tetapi mengapa hari hamba harus menangis,
mengapa dia sentiasa ada dimata dan dihati hamba,

Tiap masa berlalu,
ada dia tiap ketika,
tika hamba bangun tidur,
ada dia dalam kotak minda hamba,
tiap detik tiap minit ada dia di mana-mana..

Mengapa ya Allah,
apakah hikmah di sebalik ini semua,
apakah tiap kesedihan mendekatkan hamba dengan pencipta hamba.,
apakah tiap titis airmata hamba ada ganjaran pahala,
andai semua ini berpahala redhalah hati hamba.

hamba pasrah ya Allah..
tenangkan hati hamba untuk hamba bersujud.

~cintakasihsayang.
01.10. 2011

Wahai Allah, ....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Wednesday 28 September 2011

Doa cintaku..

doa kasih sayangku,
doa cintakasihku,
doaku bersamamu selalu..
amin..
salam sayang..
beberapa hari ini sunyiku,
sunyi dari berita tentang dirimu,
apa khabar kamu sayangku,
apa khabar pekerjaanmu,
apa khabar solat kamu,
apa khabar malam2mu,
apa khabar stafmu,
apa khabar kamu tiap waktu,

ya semoga kamu sihat,
selamat berurusan tiap waktu,
aku selalu mendoakan kamu,
agar kamu dimudahkan segala urusan hidupmu,
agar kamu selalu dirahmati Allah,
agar kamu sentiasa di jalan yang lurus,
agar kamu diberi petunjuk dan hidayah Allah selalu,
agar kamu dijauhkan dari segala kemurkaan atau kemaksiatan,
agar kamu baik2 aja selalu,
dalam cinta kasih kepada Allah tuhan kamu dan tuhan aku,
semoga Allah satukan hati kita dalam keberkahannya,
agar kamu dalam redha Allah..

amin ya Allah.

....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Tuesday 27 September 2011

Kaya hatiku ya Allah..

Salam sayang...

Wahai Allah,
Engkau yang maha mengerti,
Engkau yang maha melindung
padamu semua bergantung...

aku kembali lagi ke sini,
menulis catatan rindu yang menyisip pedih,
menunggu kalau-kalau kau sudi dan bisa,
singgah di teratak cinta,

sungguh saat tiba dan berlalu itu,
awak  tak pernah jauh sentiasa dekat rupanya,
di mata dan hati hamba selalu ada,
seumpama nafas yang hela...

~salamcintakasih.
27.09.2011.
..................................................
Sayang beberapa hari ini aku isikan masaku dengan menonton senetron...
terkadang tatkala rinduku memuncak aku tak berdaya, tatkala airmataku melimpah kamu tiada di sisi aku untuk aku berkongsi dan berbagi rasa. aku lemas dalam kolam rasaku sendiri..Tenggelam timbul sungguh memenatkan...Aku percaya ini adalah ujian Allah buat aku lagi, aku redha semoga aku tabah....

Sayang...Allah ingin memberi pahala padaku melalui kamu, Allah menguatkan keimanan aku dengan cara menghantar bayangan kamu, Lalu tiba2 hati itu berdetik, mata aku akan menangis, lalu aku kembali kepada Allah Tuhan aku yang maha pengasih, lagi maha mendengar bisik hati, lagi maha mengerti....wahai Allah terima kasih ya Allah kerana menghantar cintanya, kerana dengan cinta itu aku selalu dekat denganMu ya Allah.

Aku tengok crita manohara,
 sungguh crita itu menyentuh hatiku, ya aku dapat lihat, betapa sucinya hati seorang wanita, betapa setianya hati seorang isteri, betapa rindunya hati seorang isteri yang tetap menunggu kepulangan suaminya...indah sangat..lagi mengasyikkan...

selepas itu aku nonton,"Doa dan karunia"  adalah kisah kesetiaan cinta yang terhalang oleh keinginan nafsu manusia,Hati itu sungguh unik, benarlah hati itu tempat bahagia dan tenang manusia, Sungguh semuanya berpunca dari hati, oleh itu aku berdoa semoga Allah memberi aku kaya hati agar aku tidakkan terpengeruh dengan dunia dan isinya. Semoga hati aku itu bersih, lagi cantik dengan takwa untukku persembahkan kepada Allah sahaja, Tuhan yang selayaknya menerima cinta manusia, tuan segala cinta dan kasih sayang...amin.

....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Saturday 24 September 2011

Ampuni hamba.

wahai Allah,
hari ini Engkau telah tunjukkan aku sesuatu,
maka berilah aku kebersihan hati,
berilah aku kekayaan jiwa,
agar hati ini menjadi suci,
jauh dati dendam dan prasangka..
usah aku bercita2 untuk melakukan maksiat,
atau membuat dosa..

sesungguhnya,
tiada daya upaya aku melakukan taat,
andai tiada keizinanMu,
tiada daya upaya aku meninggalkan maksiat,
jita tanpa bantuanMu ya Allah,

oleh itu
aku bermohon padaMu ya Allah,
bantulah hamba,
tolonglah hamba untuk bertakwa
dengan sepenuh jiwa dan raga hamba,
janganlah hamba mengambil hak orang lain,
janganlah hamba mengecikkan hati orang lain,
jangan hamba melakukan dosa-dosa kepada orang lain,
kerana hamba sedar ya Allah,
sungguh sakit, sungguh perit
jika semua itu terjadi kepada hamba,

Tunjukkanlah kepada hamba,
bagaimana cara yang terbaik untuk menyinta,
dan tulus  ikhlas jiwa.

sesungguhnya hamba ini hambaMu ya hina,
ampunilah segala kesalahan hamba yang lampau,
jangan hamba menambah2 dosa,
tunjuki hamba, rezekikan hamba,
tutuplah aib hamba,
kasihanilah hamba..ya Allah..
hamba ini hamba yang lemah, daif lagi tak berdaya..amin.

~salam kasihsayang.............................
sungguh aku tidak sanggup mengguris hati saudara aku sendiri, andai dia bersedih sesungguhnya seumpama aku bersedih, hati aku yang terguris, hak aku dirampas ditarik...sungguh ya Allah, satukanlah hati kami dalam cinta keranaMu, ikatkanlah hati kami dalam kasih sayang keranaMu, jangan kami ada benci membenci, walau dia tidak tahu, aku tahu...maka eratkan kasih sayang antara kami, dalam doa  rindu cinta kepadaMu, Andai suatu hari kami bertemu, tetapkanlah kami berbaik2 dan ikatan adik beradik yang soleh dan solehah. menuju redha Allah..

Indahkan lukisan nama, indahkan ikatan persahabatan, indahkan ikatan kasih sayang....
"Sri.Salmah" dan "Sri Salasiah". Wahai Allah satukan hati kami, dalam ikatan kasih sayang yang terindah.
satukan cinta kami dalam lembayung rahmat kasihMu yang berkah,
titipkan hati kami bersih tanpa ada sedikitpun noda dan dosa untuk kami beribadat kepadamu sentiasa..
dari luhurnya wajah, dari cantiknya budi bahasa hiasilah akhlak kami seperti Engkau hiasi akhlak isteri nabi Muhammad S.AW, Syaiidina Siti Khadijah Radhiallahu Anha, agar kami hidup dengan tenang dan bahagia kelak kami akan kembali menemuiMu di jannah...amin.ya Allah.

 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Monday 12 September 2011

Dalam hidup ini...





assalamualaikum..

Dalam hidup ini...
berdetik di hati,
berkelip di mata,
bergerak jemari ini,
berjalan kaki ini,
berfikir minda ini,
hidup jiwa ini.....
jua anugerah Ilahi.

Dalam hidup ini...
panjang usia kita,
di mana arah hala,
memilih simpangnya,
singgah perhentiannya,
menuju penghujungnya.
jauh perjalanannya,
jua anugarah Allah.

Dalam hidup ini...
dalam deritanya,
ada jua bahagianya,
mengalir rindunya,
melimpah sayangnya,
terpancar kasihnya,
membibit cintanya.
jua anugerah Allah.

Dalam hidup ini...
di mana luhurnya.
bercahaya hatinya,
di mana ruhinya,
di mana keluarnya,
bagaimana rupanya,
tersurat sudah,
jua anugerah Allah.

Dalam hidup ini...
syukurlah kita hamba,
kita masih bernyawa,
punya semua alhamdulillah,
boleh semua masyaAllah.
kekallah semua ya Allah.
tak terbayar ibadat hamba,
rahmat Allah...subhanallah.

syukurlah apa yang ada,
redhalah apa yang diperduga,
terimalah apa yang hilang,
sayanglah apa yang datang,
kerana mungkin esok telah tiada,
apa-apa yang hari ini ada.
bahagia sentiasa ada buat
hamba yang redha dan takwa.

salam dari kejauhan.
nota cintakasihsyg.
aku sayang kamu, kelmarin, hari ini, dan selamanya.
semoga kita sentiasa berbaik sangka..dan tenang jiwa hendakknya..amin.

semalam telah berlalu,
tapi kehangatannya masih di bayangan mata dan di dalam hatiku.
selamanya akan ku ingati kamu...

sayangku
....................................



 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg.

Rindu itu

rindu..
berbisik lagi,

sebak
bergulung menghimpit,

sedih,
menyelubungi hati,

mata,
mengalir air jernih,

tangan,
ku tadah merintih,

sabarlah hati,
tabahlah kasih,

tenanglah hati,
berakhirlah sedih..

~salam kasih sayang.
12092011
.........................
nota cintakasihsyg
semoga abang sihat2 aja, selamat berurusan kerja dan selamat pulang ke tanah air..aaminnn.
biar abang ada di mana sahaja, biar apa ja urusan kerja, biar dengan siapa asalkan hati dan rasa abang hanya untukku dan tuliskanlah namaku di sudut hatimu...

Andai Allah mahu, andai Allah izin pasti akan termu jua titik silang cinta kita.....

....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Saturday 10 September 2011

Doa cinta..



Ya Rabb..
Saat aku menyukai seseorang
Ingatkanlah aku akan ada akhir agar aku tetap bersama yg tidak pernah berakhir.
Jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dgn orang yg mencintai-MU
Agar bertambah kuat cintaku pada-MU.
Ketika aku sdg jatuh cinta jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-MU.
Ketika aku berucap aku cinta padamu biarlah ku katakan pada yg hatinya tertaut pada-MU..
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-MU.

Amin..



~salam kasih sayang.
10.09.2011
...............................
nota cinta kasih sayang.
Saat ini mungkin abang telah berlepas ke sana...ayang doakan abang sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah, untuk berurusan. Semoga mudah urusan abang di dunia dan akhirat..semoga sihat berpanjangan, semoga tetap dalam keimanan semoga bertambah ketakwaan kepada Allah. Biarlah abang berada di mana pun jua, biarlah abang berada dengan siapa sahaja, biarlah abang sedang buat kerja apa aja. asalkan hati dan rasa cinta kasih sayang abang hanya untuk ayang. tetap ada ayng di sudut hatimu yang terdalam. Sungguh cinta kasih sayang itu adalah anugerah Allah, Allah yang berkuasa menitipkan pada siapa yang dikehendakinya dengan izinNya jua, dan andai rasa ini telah di titipkan pada abang tiada siapa yang boleh menanggalkannya, andai rasa cinta abang  itu telah Allah titipkan pada ayang tiada siapa pun dapat membuang, walau selama mana, walau apa jua perkara ia tetapkan tumbuh, segar dan harum selamanya...Itulah belahan jiwa, itulah penyatuan  hati, itulah ruh di dalam jasad yang tetap bersama di dunia sampai akhirat..insyaAllah..amin.
....................................

slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Tuesday 6 September 2011

terima kasih sayang

salam sayang...
salam rindu..
salam kasih..
salam bahagia..
nikmat yang terindah..

terima kasih Allah,
janjiMu benar,
bertakwalah pada Allah pasti
Allah akan menunjukkan jalan keluar,
tiap pemasalahan kita.

terima kasih abang.
kerana sudi datang.
aku tahu kamu dalam kesibukan,
sungguh sedikit kasih sayang yang kau tunjukkan,
telah mengubat rinduku berzaman,

terima kasih abang,
kerana masih menyayang,
kerana masih menyinta
jarak masa 26 tahun itu begitu lama.
tetapi pohon cintamu masih indah..

terima kasih sayang
semoga abang sentiasa dalam rahmat kasih Tuhan,
semoga abang selamat tiap urusan,
pasanglah lagu tu selalu,
agar ia menemani perjalanan abang yang panjang.

salam kasih sayang.
06. 09. 2011 - Selasa.
.........................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Saturday 3 September 2011

Syukur kasih..

salam sayang..
salam kasih
salam kesyukuran
alhamdulillah...
terima kasih ya Allah.

Allah...
sungguh janjiMu benar,
sungguh Engkau maha mendengar..
Engkau maha mendengar bisikan hambaNya,
dan kepadanya segala pujian

Sore ini..
terima kasih ya Allah,
kerana Engkau telah menyampaikan hasrat hamba,
terima kasih ya Allah,
kerana ketentuan takdirMu yang terindah.

Sungguh benar janjiMu ya Allah,
andai manusia beriman dan bertakwa,
Allah akan menunjukkan jalan keluar
pada tiap pemasalahan manusia,
juga akan memberikan syurga di dunia.

Subhanallah, alhamdulillah,
la ilah haillallah, Allah huakbar.
Allah yang maha berkuasa,
Allah adalah pergantungan segala cinta,
tetapkan kami dalam rahmat kasihMu sentiasa.

amin ya Allah.
02.09.2011.



....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Friday 2 September 2011

Bisikan cinta..

salam.
.
sayang..
ramadhan telah berlalu..
semoga kita dapat dapat membawa amalan ramadhan
ke dalam bulan2 di luar ramadhan pula..
semoga hati itu bersih,
semoga hati itu kaya,
semoga hati itu tenang.
semoga hati itu halim..
semoga hati itu pemurah,
semoga hati itu pengasih,
semoga hati itu putih..
seumpama hati nabi Muhammad s.a.w..

Sayang..
tatkala rindu itu bertiup,
tatkala ia mengetuk pintu hatiku,
tatkala pintu hati itu ku buka..
sungguh aku tak berdaya...
ku sapa kamu dengan linangan airmata,
ia tumpah, ia melimpah,
ia singgah tanpa pernah aku pinta,
sungguh aku sedar,
aku kini dalam fasa-fasa ujianNya,
aku perlu banyak bersabar,
menempuh segala mehnah dunia.

Sayang...
aku percaya,
andai Allah mengizinkan
untuk kita berjumpa,
sungguh ia amat mudah bagi Allah,
tetapi mengapa aku tenggelam dalam airmata,
mengapa kita dekat terasa sangat jauhnya,
mengapa tidak pernah ada titik silang cinta,
mengapa hati itu masih bersedih,
mengapa mata itu masih mahu menangis,
cinta masih mengharap kasih.
sayang ia telah berakhir...

Sayang..
sungguh Allah maha berkuasa,
Allah maha mendengar segala,
Allah mahu kita mengakui
bahawa Dialah yang maha berkuasa,
Allah maha mengetahui,
Allah maha merencana,
dan perencanaan Allah itu penuh dengan rahsia,
kita manusia tiada ilmu, tiada daya upaya
hanya padaNya kita bergantung,
dan tumpahkan taat setia,
dan rasa cinta.

Sayang...
kita serah aja pada Allah,
kita redhalah ketentuan Allah,
kita rukuq dan sujudlah pada Allah,
kita mohonlah keampunan pada Allah,
semoga Allah memandang kita dengan kasih sayangNya,
semoga rahmat dan berkatNya melimpahi kita,
semoga Allah kurniakan syurgaNya kpd kita
 di dunia dan syurga d akhirat juga,
semoga Allah menjauhkan azabNya dari kita,
 di dunia dan azab di akhirat juga..
semoga kita redha pada Allah Allah meredhai kita..

amin ya Allah.
02.09.2011
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg