"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Wednesday 25 January 2012

Kuatlah wahai cinta...


salam sayang...
entah hari-hari yang ku jalani tanpa kamu,
adalah sepi.
kosong tak bermakna lagi.

mengapa ya..
hujung2 kedewasaan ini,
aku di cabar dengan ujian cinta lagi,
sungguh ia amat pedih lagi sakit,

Wahai Tuhan,
yang maha pengasih lagi maha penyayang,
seru sekalian alam,
apakah ada harganya rindu yang tak bertepi ini,
apakah ada nilainya kesabaran ini,
apakah ada untungnya menyintai orang yang tidak menyintai aku lagi,..
sungguh ia sangat perit...

Wahai aku,
pandang jauhlah ke sana,
jalan lurus yang di sediakan Allah untuk ke syurga,
jangan peduli mehnah dunia,
apakah kamu ingin lelaki yang begitu untuk menjadi suami kamu,
apakah kamu ingin makan hati berulam jantung selama hidup kamu,
apakah kamu mahu lelaki yang tidak menyintai kamu seumur hidup kamu,
apakah kamu siap menghadapinya selama hidup kamu di dunia,

Sayang sedarlah,
andai dia menyintai kamu
bukan begitu caranya,
tidakkah kamu tahu lelaki menyintai itu bagaimana,?????????????????????????
Ya..aku tahu..
lelaki yang menyintai itu
pasti dia akan bertanya tentang khabar kamu sentiasa,
kerana dia meyinta.
pasti dia akan mengutusi kamu walau apa cara,
kerana dia menyinta,
pasti dia tidak lupa tarikh hari lahir kamu yang telah lepas,
kerana dia menyinta,
pasti dia ingin memberikan segalanya buat kamu untuk membahagiakan kamu semampunya,
kerana dia menyinta,
pasti dia amat berbahagia kerana pertemuan kali kedua,
kerana dia amat menyinta,
pasti dan pasti dia akan melakukan apa cara untuk mendapatkan kamu semula,
kerana dia menyinta..

Tetapi...
apakah ada ciri-ciri itu padanya???????????????
tidakkan,,,?   kerana dia tidak menyinta..!!
oleh itu ucapkan selamat tinggal dan selamat jalan pada cintanya,
cinta yang kamu damba itu,
cinta yang telah menjadi sejarah,
ya mimpi-mimpi indah yang hilang setelah kamu jaga.

Wahai Allah kuatkan hati hamba,
redhalah hati hamba dengan ketentuanMu yang maha hebat,
hamba redha ya Allah apa aja yang Engkau beri,
kerana Engkaulah yang berkuasa aku tidak ada daya upaya apa.
aku redha ya Allah,
andai inilah jalan-jalanMu untuk menuju ke syurga,
kurniakan aku cinta seorang lelaki yang amat menyintaiku,
dalam hidupku di dunia,
menyintai aku seadanya,

Andai aku akan kehilangannya buat kali kedua,
titipkan redha di hatiku ya Allah,
aku bermohon ya Allah
kurniakan bahagia padanya bersama keluarganya,
padamkan ingatan aku terhadapnya,
ikhlaskan hati aku, usah aku kecewa kerana kehilangannya,
gantikan aku cinta seorang lelaki yang tulus menyinta,
agar hati ini tenteram untuk beribadat kepadaMu ya Allah,

Wahai Allah,
berilah petunjuk dan hidayahMu padanya,
agar suatu hari dia akan merasa, dan berkata,
maafkan aku sayang, kerana menyia-nyiakan cintamu.
maafkan aku kerana buta menilai cinta kasih kamu,

saat itu aku dan cintaku telah tiada buatnya.
jangan aku menyesal atau sedih lagi dengan cinta dunia yang sekejap ini,
kuatkan aku untuk berjalan menuju syurgaMu di dunia dan di akhirat..amin. ya Allah.

amin ya rabbal alamin.
 ....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Monday 23 January 2012

Cinta itu...

Salam sayang..
sungguh hari-hari yang ku jalani tanpa kamu,
sungguh sunyi sungguh sepi,
sungguh hidup ini tak bermakna
andai tiada orang yang menyintai kita,
terasa diri tidak dihargai,
terasa diri tidak diperduli,
terasa sangat hati ini,

Wahai Allah,
banyak pelajaran yang telah aku dapati,
sungguh Engkau amat membalasi,
dulu cinta itu datang
tetapi aku sia-siakan peluang,
kini ku ingin cinta itu kembali
sungguh ia amat sakit sekali,
harus bagaimana aku lagi...???????

Wahai Allah,
andai cinta kasih sayangku ini,
punya kebaikan di sisiMu, buatku, keluargaku dan agamaku,
samada cepat atau lambat,
izinkanlah ianya tertanam tumbuh di hatiku,
andai ia buruk di sisiMu, buatku, keluargaku dan agamaku,
maka jauhilah aku, redhalah hatiku.
tenangkanlah jiwaku dengan ketentuanMu.

amin ya Allah ya rabbal alamin..
~salamcintakasih
22012012
................................................
Nota Cinta:
Sayang...rindu padamu teramat rindu, tiap saat tiap detik hati ini tak pernah berhenti menangis, mata ini tak pernah lekang untuk mengalirkan air jernihnya.....

Hanya penawar rindu itu dalam mimpiku. hanya dalam mimpi kasih...
Pagi kelmarin aku mimpi, kamu datang bertandang ke rumah aku, aku bertanya kamu. Apa benar kamu rindu aku. Kamu kata,
"ya benarlah abang rindu..kalau tak rindu masak mau datang berjumpa sekarang..."

Ya..aku seolah-olah baru selesai solat subuh. Masih dalam telekung...aku berbicara dengan kamu sayang, ya senang sekali, bahagia sangat dapat berbicara dengan  kamu orang yang aku rindu...sunguh sudah lama aku tidak berjumpa kamu. Sedang bebicara itu, kamu seolah2 takut ketahuan orang rumah aku...aku peringatkan kamu jangan takutlah...hehehe...tiba2 adik lelaki kamu datang bawa buah tangan dari ibu kamu, ya buah nangka yang cantik sngt ulasnya..aku simpan di dapur.., Rupanya adik kamu sedang mencari2 kamu...abang dia hilang kemana-mana Rupanya ada di sini..katanya....

Eeemmm..ya mimpi seakan benar aja...emmmm...ada lagi yang lebih indah.. ..yang hanya aku ja yang tahu...aku simpan di hatiku yang terdalam...pagi itu aku bangun dengan ceria kerana walau jasad kamu tiada tetapi bayang kamu ada di mata aku, kasih sayang kamu hangat di hati aku...

Terfikir di fikiran aku...sebenarnya yang rasa kasih sayang semagat cinta itu adalah ruh kita, wlau jasad kita berjauhanan...tetapi andai Allah pertemukan kita dalam mimpi jua kita dapat berbicara kita seolah mendapat kekuatan, dan hati jua akan tenang...bahasa jiwa itu kuat, walau tiada suara...tetapi memberi kekuatan kepada kehidupan manusia....

Wahai Allah semoga mimpi itu menjadi kenyataan..sungguh aku amat rindukan dia...rindu sangat...rindu sangat...tidakkah kamu jua rindukan aku...hanya Allah yang tahu..." la tud ri kuhul absor...wahu wa yud ri hul absor, wahuwal latiful khodir.." Allah yang melihat tanpa menggunakan mata ...tetapi Allah melihat segala-galanya, sungguh Allah amat berkuasa.

Ya semoga kamu dapat melihat aku, merasa kasih sayang aku, merindui aku, menyintai aku semula, selamanya.... walau tanpa melihat dengan mata kamu. Aku tetap ada di hati kamu, tetap merasa bahagia dengan kehadiran aku walau tanpa aku ada di sisi kamu...wahai sayang..dengatkah kau bicara cintaku.....kamu yang yang pertama dan kamu yang terakhir...amin ya rabbal alamin.(airmataku mula menitik lagi....dan aku telah belajar untuk sabar...kerana syurga Allah di sediakan untuk orang2 yang sabar...kurniakan aku syurga dalam kesabaranku ini...keranaMu...amin ya Allah)





....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Thursday 5 January 2012

Syukur..lah

cinta haruslah...selalu..bersyukur..
: .♥ ALHAMDULILLAH ♥. : : .
. : : . • For today . : : .
. : : . • For yesterday . : : .
. : : . • For the possibility of a tomorrow . : : .
. : : . ♥ ALHAMDULILLAH for everyThing :) ♥.

~cinta kasihsayang

..................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Bisikan cinta

Sayang.....
Ingin sekali aku miliki... ♥ kuntuman SENYUMAN yang TAK PERNAH DUSTA…♥ HATI NURANI yang SERING MEMAAFKAN… ketulusan HATI yang TAK PERNAH MEMBENCI…♥ barisan UNGKAPAN yang TAK PERNAH MENYAKITI… ♥ KEJUJURAN HATI yang TAK PERNAH BERHENTI…

~cinta kasih sayang
....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Terlanjur menyintamu....aku redha...

Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi Aku Tidak Berdaya
 (OST Dalam Mihrab Cinta)

Masa yang terindah kini semua telah berakhir
Karena kau berubah tak seperti dulu lagi
Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* Kau anggap diriku (kau anggap diriku)
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema ’tuk diriku mencintaimu mengerti kamu
Biarkan aku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namun ku terlanjur cinta

repeat *
Biarkan aku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namun diriku terlanjur cinta

~cintakasihsayang
05.01.2012
........................................
Di penghujung gini, terkadang aku terfikir mengapa cinta itu harus menyapa lagi, singgah di hati, dan tinggal di sudut hatiku yang terdalam, Sungguh aku ini manusia, punya rasa, dan tak berdaya. Kita punya Tuhan yang mengurus segalanya, yang meletakkan takdir hidup kita, yang tahu segalanya yang terbaik buat kita, lalu...harusnya kita itu, redhalah...redhalah...apa yang datang, apa yang ada, apa yang pergi, apa yang belum ada lagi...redhalah agar hati itu tenang...kerana sesungguhnya Allah mahu menguji iman sekeping hati. Allah hanya memilih hati2 yang ikhlas bertakwa kepadaNya, untuk di masukkan ke dalam syurga Allah yang penuh dengan nikmat. Sabar..sabarlah sayang, sabarlah cinta, sabarlah kasih...cinta kasih sayang...sabarlah...di mihrab cinta.amin.

Source: http://liriklaguindonesia.net/indah-dewi-pertiwi-aku-tidak-berdaya-ost-dalam-mihrab-cinta.htm#ixzz1ia0jF2Te.
...................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg