"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Tuesday, 25 October 2011

Doa Cinta 1


~  Rindu padaMu ya Allah, tenangkanlah hatiku....

~ Wahai Allah,
kurniakanlah aku ketenangan hati,
kurniakan aku kaya jiwa,
usah aku menzalimi diri aku lagi dengan membuat dosa,
Redhalah aku masuk ke syurgaMu di dunia dan akhirat sana,
jauhkanlah aku daripada nerakaMu di dunia dan akhirat sana,

Wahai Allah,
janganlah hati ini dan mata ini menangis lagi,
pada hal-hal yang tiada kebaikan,
jangan aku menyintai pada makhlukMu melebihi kecintaanku kepadaMu,
maafilah aku, ampunilah daku, tunjukilah daku, rezkikan daku dan hidayahilah daku,
Sungguh Engkaulah Tuhan yang maha mendengar bisikan,
hamba-hambaMu yang tidak berdaya..

amin ya Allah..

....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Wednesday, 19 October 2011

Maafkan aku..ya sayang

Maaf abang...
maaf aku..
maaf kerana hari ini telah menjadi kenyataan..
maaf kerana hari ini aku ketahui bahawa,
sesungguhnya kamu tidak sayang aku,
sesungguhnya kamu tidak cinta aku..

Ya tak apalah aku kata..
aku akan belajar melupa abang..
aku akan belajar untuk tidak berharap,
aku akan belajar untuk tidak merindui..
wahai Allah berilah aku kekuatan untuk membuatnya,
berilah aku kekuatan untuk berusaha melupa..
agar aku lebih tenang jiwa dan tenteram hidup di dunia.

Wahai Allah...
andai aku telah melakukan kesalahan,
maafkanlah hamba,
sungguh hamba merasa tiada gunanya hamba dalam keadaan begini selamanya,
hamba merasa tiada gunanya hamba menyintai orang yang tidak menyintai hamba,
sunggguh ia sangat sia-sia...
jadi lebih baik hamba ikhlas untuk tidak menzalimi diri hamba lagi hendaknya..
insyaAllah agar hamba kuat...hamba betah menanggung segalanya.
cukuplah ALLAH tempat hamba menumpahkan segala resah jiwa, segala cinta.
wahai Allah bantulah hamba..
tolonglah hamba untuk hidup sebagai orang biasa yang tiada cinta buta..
yang sungguh menyerabutkan hidup hamba...

amin ya Allah..
salam kasih sayang..
19102011.
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Semoga cepat sembuh sayang...

salam.sayang..
hari ni mood tak ok ...,
kak long masih di hospital, kak long akan menjalani pembedahan,
tah..hati aku ni...hati aku ni..tak tenteram tak keruan...
aku dah ulang2 kali membaca yassin,
aku dah menghadapkan muka ku kepada Allah s.w.t dalam solat dhuha..
aku dah berdoa...tapi mengapa hati ni masih tak tenang..


Wahai Allah...
masih ada lagikah dosa-dosaku yang tak terampun,
sehingga hati ku ini tidak tenteram begini,
andai ada lagi dosa2 yang aku tidak tahu, atau aku tidak sedar,
yang sebenarnya aku ni masih tidak malu...berbuat dosa, 
lalu aku meminta2 kepadaMu untuk Kau mensegerakan permintaanku,
sungguh aku ni tidak wajar...aku ini tidak tahu malu...
ampunilah aku ya Allah, aku ini hambaMu yang tidak tahu,
hambaMu yang daif...maafkanlah aku,
aku bermohon padaMu,...
berilah kekuatan pada kak long untuk menghadapi dugaan ini,
berilah padanya kesabaran, kekuatan keimanan dan ketakwaan kepadaMu..
semoga kak long cepat sembuh...
semoga Allah memberiku ilham untuk membantu kak long..
dalam apa cara sekalipun...
jadikanlah aku hamba yang sentiasa kaya jiwa agar aku sentiasa mendoakan yang baik2 buat manusia...


amin..ya Allah.
19.10..2011
...................................
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Saturday, 15 October 2011

Sampaikan salam kasih...

salam sayang,
Abang apa khabar,
Semoga sihat2 aja selamat menjalani penghidupan seharian,
maaf lama tak mesej, bukan tak ingat,
Tapi cuma hantar doa ja tiap hari semoga abang sihat dan bahagia...

Sungguh tiap hari tika aku bangun tidor
abanglah orang pertama yang aku ingat,
abanglah yang ada dalam kotak minda ini,
namun aku kuatkan hati, aku mohon agar aku sabar,
aku cuba buat seperti biasa seperti tiada ada apa2..
segalanya aku simpan di minda ku pejamkan mata,
segalanya aku simpan di sini, di hatiku yang terdalam.

Sayang...
kasih ingatlah...
mungkin rasa ini kamu seorang saja yang merasa,
kamu usah mengada-adanya...hehehe.
jadi aku buat seperti biasa2 seperti tiada apa2...
tetapi dalam hati ini hanya Allah saja yang tahu betapa tersiksanya

Sungguh,
Allah mencipta kamu,
Allah memberi rezeki pada kamu,
Allah memberi nyawa pada kamu dan Allah yang menjaganya,
jadi aku serah semuanya pada Allah memelihara kamu
agar kamu selalu sihat, selamat dijauhkan dari segala mara bahaya atau maksiat.

Sungguh...
pertemuan antara kamu dan aku
amat mudah bagi Allah andai Allah mahu,
tidak mustahil bagi Allah kerana Allah menjaga langit dan bumi ini tanpa susah payah,
apatah lagi andai Allah mengizinkan temu titik silang cinta antara kita,
adalah mudah bagiNya,
tetapi Allah sekadar mahu menguji aku,
dengan perpisahan sementara antara kita di dunia,
perpisahan oleh kerana jarak dan takdir Allah,
aku rela dan redha aja,
aku pasti ia adalah yang terbaik buat kita,
aku sandarkan segalanya pada Allah,
Tuhan aku dan Tuhan kamu..
pada Allahlah aku berserah diri
dan mengucap tasbih.dan berzikir....

Semoga hati aku jadi tenang,
semoga mata aku tidak menangis lagi,
semoga aku tidak bersedih-sedih lagi.
semoga aku dapat menjalani penghidupanku seperti biasa,
kerana ada kamu di hatiku yang sentiasa mengasihi aku..hehehe.

amin ya Allah.
15.10.2011
.........................
nota cinta.
sungguh aku tak pernah berhenti mengingati dan menyintaimu...selagi hayat di kandung badan selagi itulah cinta itu mengalir tak pernah berhenti...umpama air di kali yang sentiasa mengalir ke muara setiap hari...!! ....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Tuesday, 11 October 2011

Rasa hati ini...

aku bicara melalui hati...
lalu hati itu yang tersentuh...airmata akan mengalir,
biarkan airmata itu mengalir kerana setianya pada hati.
untuk menyatakan cinta kasih...
...........................................


Salam sayang..
alhamdulillah abang dah sihat,
abang dah kuar hospital, 
abang dah balik kampung...


tapi terasa sedih,
aku tak dapat melawat abang,
aku tak dapat melihat abang,
aku tak dapat berbicara panjang,


maaf sayang..
andai aku tidak dapat bertandang,
andai aku tidak pandai mengambil hati abang,
andai aku memilih diam..


aku tahu..
aku bukan siapa2 buatmu,
dia ada selalu di sisimu..
aku hanyalah mimpi-mimpimu..


tak apalah,
aku redhalah,
aku tahu inilah jalan terbaik buat kita,
ini takdir aku dalam cinta.


aku pasrah...
aku bersyukur andai kamu sihat,
andai kamu ada aku bahagialah,
walau aku cuma boleh memandang shj..


~salam kasih sayang.
11.10.11
..........................
nota cinta.
tarikh ini cantik...11 hb 10..2011., selalu tarikh 11 ini tarikh temu hari lahir abang...abang kan lahir 11.03.....tiap kali  temu dengan angka 11 aku teringat..abang..kasih sayangmu yang tak pernah padam...sentiasa bersinar di hati hamba...insyaAllah sayang.
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Sunday, 2 October 2011

Hati cinta berbicara lagi..

salam..sayang..
abang yang dikasihi,
sungguh hari ini
aku sedih sangat.

begini rasanya
bila orang tak sudi,
sakittttttttttttttttt sangat.
hancur hati..

aku tahu,
kamu tak perlu aku
kalau ada dia,
kamu takut ada masalah..

tak apalah abang.
selagi ada dia,
hiduplah dengan dia,
semoga kamu berbahagia.

suatu masa kelak,
andai kamu dah tidak punya dia,
datanglah padaku,
aku kan sambut cintaku.

sepenuh ragaku,
aku akan tatang kamu,
semoga hati aku tak sakit lagi,
semoga aku tak menangis lagi.

terima kasih abang,
kerana sedikit masamu bersama aku,
agar aku mengenali cinta itu,
rupanya sakit andai ia hadir.

terima kasih abang,
memberi aku sedar,
tentang hakikat cinta sebenar
cinta Allah cinta abadi.

wahai Allah,
peliharalah cintaku,
agar cinta itu alamatnya padaMu,
agar aku tak tersasar dan tenang hati

amin ya Allah.
02102011
...........................
nota cinta:
ya..aku mengerti kini, sebab itulah Allah tak berikan CINTA itu sejak 26 tahun yang lalu, kerana sungguh CINTA itu sakitttttttttttttttttttttttttttttttttttttt, andai aku terjatuh dalam CINTA itu dahulu, sudah pasti aku akan lemas dalam gelombang kasih sayang yang tak bertepi, Sedangkan aku perlu mengejar cita-cita yang suci, Sesungguhnya Allah maha pengasih, Allah maha tahu, Allah maha merencana. Allah maha tahu yang terbaik buat aku. Aku tidak mengizinkan aku merasas walau setitik cinta kasih sayang padanya. Sehingga aku tidak merasa sakitnya cinta dan aku terus berlari mengejar cita2 yang aku impikan dalam hidup ini. tetapi, janji Allah benar. andai kita bersalah, andai kita jahil, pastinya balasan Allah di hadapan, tetapkan di dapati wlau di dunia lagi. pasti balasan kan menghampiri wlau tanpa aku sdar, aku telah berbuat salah. Namun itulah janji Allah aku terima dengan redha ya Allah, semoga hilanglah dosa2 aku dengan abang yang lalu..aku telah meminta maaf, oleh itu sekarang aku menjaga perkataan agar aku tidak melepaskan kata2 sebarangan, Aku lebih baik diam dan merintih sendirian. Semoga Allah mengampunkan aku, semoga Allah mendengar bisikan kalbu, semoga Allah memberi yang terbaik  buat aku. Semoga tenang jiwa aku..aku tak menangis lagi....amin ....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Keranamu kasih..cinta menangis.

salam
kasih sayang
hari ini aku sedih lagi,
tah kenapa aku nangis tak renti-renti,
terasa sedih sayu pilu nyilu.
terasa hati ini seperti dihiris-hiris.
ingin menangis sepuas2,
aku menangis di bilik mandi,
tapi esakan aku tak didengari,
tak siapa yang mendengar tangisan sedih,

sungguh kalu kalau menyinta,
dialah bahagia kita,
kenangan bersamanya mengembirakan kita,
kata-katanya seungguh menyeronokkan kita,
ingatan padanya menjadi motivasi kekuatan kita,
tiap detik berlalu tak terasa
bayangan kasih sayangnya ada di merata-rata,
di langit di bumi malam dan siangnya.

tetapi hari ini,
aku baru sedar,
aku baru tahu rasanya yang sebenar,
dulu keingingannya agar aku tidak pergi lagi,
keinginannya untuk berhubungan dangan kasih,
keinginannya untuk menyintai aku,
kata-katanya l love u itu so much itu,
adalah tipu belaka,
adalah tidak benar rupanya,
adalah gula-gula manis mengaburi mataku sahaja.

hari ini aku mengerti,
siapa dia,
kini aku telah kenal dia,
dia bukan milik aku lagi
dia bukan sehabat, kekasih dan cinta aku lagi,,
bukan dia yang dahulu datang dengan rasa kasih
mengunjungi rumahku..

hari ini..aku bertekad,
aku tak akan menghubungi abang lagi,
aku telah delete nombor abang dalam hp aku,
aku dah lupa nombor abang.
aku takkan menghantar mesej pada abang lagi
aku dah kecil hati,
aku dah puas menangis,
aku tak mahu menggoyak hati aku lagi,
aku tak mahu menyusahkan hati aku lagi,
aku tak mahu menzalimi diri aku lagi,
aku bukan pembawa masalah,
sampai hati abang kata aku begitu,
rupanya aku di sisi abang sebagai pembawa masalah,
aku takkan msej abang lagi agar abang tiada masalah.
agar abang tenang tanpa aku dalam hidup abang lagi.
semoga abang tak ada masalah lagi
wahai aku kuatlah
jangan kamu mengingati lagi orang yang tidak memerlukan kamu,
belajarlah untuk melupa orang yang tidak menghargai anda.
belajarlah untuk menjadi kamu yang dulu,
yang tiada dia dalam hidup cinta.
.
wahai Allah,
mengapa dalam takdir aku ada dia,
mengapa ada dia untuk membuatkan aku menangis,
andai inilah cara Engkau memanggil aku untuk rukuq dan sujud
dengan lebih khusyuk..aku redha ya Allah,
tapi berilah aku kekuatan,
aku tidak kuat menanggung segala kepedihan.
hati aku ni terkoyak kerana kesedihan,
hati aku ini nyilu kerana orang perlakukan aku begitu,
hati aku ini sedih mata aku tak berhenti menangis,
tabahkan hati ini, sabarlah mata,
jangan menangis serah pada Allah,
kerana aku pasti suatu hari
Allah kan memberi tenang jiwa.
menitipkan bahagia selepas derita.
redhalah hati dengan ketentuan Allah.

amin ya Allah.

....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg