"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Sunday, 7 August 2011

Kad raya untuk abang..

hehehe...tu...
"kad raya yang ayang nak hantar kat abang...emm dah jadi serpihan...
Begitulah hati ini terkoyak dah jadi serpihan kecik2 juga ...hehehe..
Ye tak apalah..mungkin inilah hikmah..kasih sayangnya.
Ya...untuk lebih dekat dengan Allah dan
lebih mendambakan cinta kasih sayang Allah. Sungguh cinta manusia itu tak pernah kekal..
Salam kasih sayang semoga abang tenang dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Ya lah...orang tak sudi dan orang tak menghargai kita...
...hehehe..malu pulak rasanya...sakit sayang... sakit sangat rasa..

.................................................................................................................
Salam..sayang..
sungguh sakit andai kita suka orang.... orang tak suka kita,
sungguh perit andai kita kasih sayang orang.... orang tak kasih sayang kita,
sungguh pahit sangat andai kita cinta orang...... orang tak cintai kita,,

Andai orang suka kita tahu dia suka..
dia akan selalu bertanya-tanyakan kita, dan kitalah bahagianya...
apa yang kita buat itulah kesukaannya...
apa ja dari kita itulah dambaannya.. di musim-musim begini..
tentu tertunggu-tunggu kad raya kita...
tetapi...andai orang tak suka kita pun tahu juga.... kerana dia tak suka...
kita nak hantar kad raya kat diapun dia tak sudi menerima....sedih,sedih sangat rasa...
segala yang kita buat tidak dipedulinya serba tak kena...
apa yang kita buat selalu ja nak dimarahinya..
tiada sedikitpun dia nak menghargai kita...

Sakit pedih, hati itu umpama di hiris-hiris..
sungguh hati itu terguris, terkoyak berdarah... tak dikisah,
mati sekali sudah sakit... ini umpama sakit mati berkali-kali rasa sakit.

abang....
adakah datang hanya untuk memberi balasan..
.abang tidak pernah menghargai perasaan ayang..

Wahai Allah...
kurniakan kesabaran di hati hamba...
ikhlaskanlah hati hamba usahlah hamba berburuk sangka..
kurniakanlah pada hamba kekayaan jiwa agar hamba tidak merasa susah dengan mehnah yang menimpa..
tidakkah abang merasa apa yang ayang rasa,
tidakkah abang ingin menghargai perasaan ayang,
tidakkah abang mengetahui bahawa ayang amat menyintai abang...

Maafkan ayang abang,
sungguh abang tidak pernah mahu menghargai ayang...
Wahai Allah kurniakan kejernihan fikiran padanya,
agar dia dapat menilai aku seadanya...

maafkanlah ayang kerana mendiamkan diri...menyepi tanpa mesej2 lagi...
Sungguh walau keputusan ini di buat bersama airmata...yang tak pernah mahu berhenti...
ayang relakan jua kerana ayang ni walaupun abang nampak lembut tapi kalau sesuatu keputusan itu dibuat ayang tetap akan istiqamah dengannya..Ayang pun ada hargai diri ...tak selamanya diri dan rasa yang lemah ini akan di sakiti...demi nak menjaga perasaan orang lain...perasaan sendiri siapa pulak yang nak menghargai.....

Walaupun ayang tak menghubungi abang, ayang selalu hadiahkan sesuatu untuk mak bapak abang dalam doa selepas solat seharian.Doa2 kasih sentiasa ayang hantar untuk mereka di sana... Sungguh walau kita tiada jodoh mereka seumpama mak bapak mertua ayang juga...wajah mereka sering terbayang di mata....hehehe...sedih rasa...teringat sewaktu mereka datang kat rumah...huhuhu (ayang nangis lagi)
Ayang doakan abang selalu bahagialah di sana...
Salam kasih sayang...kasih di hati abadi selamanya..amin

Wahai Allah andai keputusan ini salah maafkanlah hamba, jangan hamba derita lagi kerana kesalahan yang sama..Ampuni hamba sungguh hamba kurang ilmu bimbinglah hamba agar hamba tidak selalu menzalimi diri hamba lagi...semoga Allah merahmati kita semua dalam ketenangan jiwa..amin.

wsalam
080811
....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Saturday, 6 August 2011

Airmata kasih...


Kasihnya Allah pada hamba.
sentiasa menghadiahkan pagi yang baru lagi indah..
subhanallah...alhamdulillah ya Allah....
........................................................................................................................
Salam sayang..
hari ni hari Sabtu...06082011
entahlah...
pagi ni teringin aku nak mesej abang lagi, seperti selalu aku buat, Aku akan mesej abang lepas subuh. Nanti abang akan balas..".Wslm..abang ok..tkcare, have a nice day". walaupun pendek ringkas. biasa. tetapi sejuk juga rasa hati kasih. Ia penambah semangat penguat jiwa..

Tetapi hari ini...aku tulis...
"Assalamualaikum wbt. Abang sihat ka, Semoga sihatlah selamat menjalani ibadah puasa. Keja tak. Hari ini main golf ka...."
Tetapi... tak sempat nak ku tekan sent...airmataku mengalir lagi, aku teringat kenangan dulu sewaktu bersama abang. Indah sangat ketika itu." Abang tolong pakaikan tali topi keledar kat aku. Aku tak pandai pakai itulah kali pertama aku naik motor ngan abang. hehehe. Abang tolong sendukkan udang kat nasi aku sewaktu.kat kedai mamak, Itulah kali pertama nakan ngan abang, hehehe..Abng baik sangat ketika itu. Rasa2 kasih sayang itu telah ada dalam hati aku ketika itu..tetapi setelah aku gi maktab..hubungan kami telah terputus..dan selepas itu ingatan buat abang tetap ada dalam kotak minda ini,dan ia tersemat dihati...sekali sekala ia bergetar seumpama urat nadi yang menghidupkan ruhi. Itulah takdir Allah, kerana khilaf aku berdoa..Allah telah memberi, lalu abang yang merana, aku juga tak kesampaian kasih sayangnya...sehingga kini aku menyesali kebodohan aku, Kesilapan hanya satu ayat.mengheret penyesalan seumur hidup aku...Namun itulah kehendak Allah, itulah takdir cinta kasih, itulah ujian dalam dunia cintakasihsyg...Tatkala aku teringat semuanya airmata aku ini tak mahu berhenti..ia mahu saja mengalir mungkin untuk mencuci dosa2ku yang bersisa itu...

Hari ini apa yang aku sedihkan...apa yang aku inginkan...apa yang aku rajukkan lagi? Aku tak jadi sent mesej itu.  Aku biarlah ia tersimpan dalam draf...aku bayangkan aku telah hantar. Aku hantar doa agar abang sihat dan selamat menjalani kehidupan seharian. Walaupun mesej aku tak pergi tapi semoga doa aku sampai padamu sayang....

Teringat sorang sahabatku berkata dulu..." DUNIA NI USAH DIKEJAR SANGAT, ADA ANAK-ANAK AKAN JADI BEKALAN MASA TUA..." Ya benar cakap dia...aku harus berdiri dalam realiti, aku harus sedar diri, dunia ini usah di kejar-kejar sangat. Aku harus berkorban, hati dan perasaanku ini, Allah tahu, Allah ada, Allah akan membayar tiap kesedihan yang aku tanggung selama ini.

Wahai Allah bantulah hamba, tolonglah hamba, kesedihan ini sungguh memuncak...airmata aku ini ingin saja mengalir. Sebak di dadaku ini, selalu aja datang bergulung-gulung...terkadang aku akan hanyut bergelumang...dan amat sukar sekali untuk aku kembali tenang. Aku meminta bantuanMu ya Allah, tolonglah hamba, tenangkan hati hamba. Andai jalan yang hamba lalui ini tidak Engkau redhai, kembalikanlah hamba ke jalanMu yang benar iaitu.jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat bukan jalan kemurkaan dan kesesatan..bimbinglah hamba untuk bermuamalah dengannya jangan hamba membuat kesilapan yang sama dikeduakalinya...sungguh ia amat sakit dan pembalasanMu jua pasti ada dan hamba tidak sanggup lagi berada di dalam telaga derita, Cukuplah sekali dulu hamba telah mensia-siakan hati hambaMu yang tulus menyinta...

Kurniakan kesabaran di hati hamba ya Allah, kurniakan hamba kekayaan hati agar hamba tidak merasa susah dengan pemasalahan yang hadir, kurniakan hamba lapang jiwa agar hamba tidak merasa sempit dengan segala pemasalahan yang tiba, dan tidak merasa besar dengan masalah remeh temeh yang singgah sekali sekala..Kurniakan hamba kejernihan fikiran untuk hamba berfikir dengan rasional dan merasa tenang menempuh segala pemasalahan kehidupan yang menikam...Bantulah hamba bimbinglah hamba ya Allah, padaMu yang hamba sembah padaMu hamba memohon pertolongan.Hamba ini tidak kuat, berilah hamba kekuatan, hamba ini dungu berilah hamba kebijaksanaan, hamba ini lalai berilah hamba perhatian...sungguh hamba tidak akan merasa susah atau perit hidup ini andai Engkau yang membantu aku..Terimalah permintaanku ini ya Allah...amin.

~salam kasihsyg.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


.....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~~sayang

Salam cinta

Salam pagi,
salam sayang salam keceriaan...

Ya Allah,
hantarlah padaku cinta orang yang benar-benar menyintaiku,
agar aku dapat memeluk cintanya sepenuh hatiku,
agar dengan cintanya itu 
akan dapat menambahkan keimananku,
agar dengan cintanya itu,
akan dapat memberi kekuatan untuk aku beribadah kepadaMu,

Ya Allah,
Engkaulah sebaik2 tempat pergantungan hamba,
agar aku sentiasa bersyukur dengan nikmat cinta kasih itu..
amin..

~salamkasihsyg

Friday, 5 August 2011

salam sayang

sayang..
apa khabar ya..semoga sihat..
semoga abang tenang di sana..
semoga abang baik2 aja..selamat buat kerja seharian..

hari ini...
ayang tak mesej abang..
ayang nak balajar untuk mengurangkan mesej abang..
ayang sedar...ayang je gegeh-gegeh ngan abang.
abang tak de perasaan pun ngan ayang.
malu pulak rasanya
kita je suka orang tak sudi rupanya.

kita ingat abang betul2 suka ayang..
tapi ayang tahu...kalau orang suka tu macam mana..
kalau orang tak suka bagaimana caranya..
selalukan abang..
kalau orang suka...dia selalu datang bertanya,
macam ayangkan selalu je nak tanya2 abang.
kalau orang suka diakan selalu rindu..teringat-ingat..
macam ayangkan selalu je rindu dan teringat kat abang..hihihi..
emm.gitulah...
tapi ayang lihat abang tak de pun gaya2 macam suka..

tak apalah ...
ya semoga kita berbaik-baik sangka..
semoga hati ni tenang..
dengan cara tulis2 gini hati ayang akan tenang..
suatu hari abang baca abang akan faham..
semoga suatu hari abang akan menghargai cinta yang datang.
semoga ayang tak menangis lagi..

~salam sayang.

Thursday, 4 August 2011

Salam kasih

salam..sayang..
hari ini tarikh ini aku menangis lagi..
tah kenapa aku harus menangis..
apa yang aku sedihkan,
apa yang tak kena pada aku ni,
apa yang aku cari dalam hidup ini,
apa yang tak cukup lagi dalam diri,
apa yang aku kejari..
apa yang aku ingini...

tah..
letih dah fikir,..
tapi apa yang terdetik di hati,
tatkala ku buka pintu hati ini,
cinta tak pernah mahu menanti,
ia lari tak pernah mahu menghargai,
sebak bergulung mencengkam menghiris ,
airmata mengalir dan terus mengalir,
inikah ujian buat kasih lagi...

Wahai Allah
tenangkan hati hamba,
bila mana mata hamba celik
hati hamba akan menangis,
tenangkanlah hati hamba,
bila mana minda hamba waras,
memoir lama berputar-putar dikotak kepala,,
hamba tak tahan...ya Allah,
ia mengheret, menjerut dan menikam rasa,

Wahai Allah,
tolonglah hamba ini,
hamba berpuasa keranaMu ya Allah,
hamba percaya kekuasaanMu,
hamba percaya Engkau mendengar segala bisikan,
hamba percaya Engkau mengetahui segala isi hati manusia,
hamba percaya cinta itu suatu anugerah
tunjukkanlah hamba jalan,
bagaimanakah harus hamba lakukan,

Jangan hamba disesatkan lagi,
dalam delema kasih rindu tak kesampaian,
sungguh ia sakit perit lagi tidak ketahuan,
kirimkan kepada hamba ya Allah,
cinta orang yang menyintai hamba,
cinta kasih kerana Allah Taala..
lekatkan kasih sayangnya itu,
kekalkan kasih sayang kami
di dunia hingga ke syurga.

amin ya rabb...

~salam dari utara..penuh dengan airmata.
110811
..................................
nota cinta:
Tanggal 11 itu pertemuan antara kamu dan aku, setelah sekian lama terpisah tanpa sengketa, tanpa sedar tanpa bicara, tanpa tahu sebabnya..
Tanggal 11 juga kamu di lahirkan...emm..baru ja aku tahu mungkin dulu aku tahu tetapi telah terlupa kerana terlalu lama...tapi kamu tak lupa tarikh lahir aku..hihihi
Tanggal 11 juga.sejak tiga bulan ini....aku selalu menangis kenapa ya..mungkin bulan kian mengambang kenangan-kenangan  datang melayang...hehehe. Entahlah... apa kena dengan hatiku ini...apa kena dengan rasaku, mengapa aku bersedih, biarlah manusia tidak menghargai aku...Selalu monologku sorang diri...aku perlu ikhlas...sungguh susah nak bagi orang cinta ksih kita yee......hehehe.

 Cinta itu api...panas sakit sekali. Silap2 rentung kalau ikut hati..,,,janganlah sampai camtu...sedih sangat..tak nak la ikut hati... Kadang2 aku kata...biarlah manusia di bumi tidak memandang aku...Asalkan penduduk di langit sentiasa mendoakan aku ....hehehhe...Usah menharap kasih sayang orang di bumi tu, asalkan penduduk langit sentiasa melihat-kihat aku. meninjau-ninjau aku...hihihi.(banyak sangatkah amalan aku)...Aku pujuk hati aku sndiri...dah tak dak orang nak pujuk aku...Aku sedih aku manangis..aku sendiri pujuk agar aku jangan menangis...jangan sedih-sedihlah. Aku bayangkan manusia lain tu tak dak perasaan, usahlah fikir sangat tentang meke...lupakan...lupakan... mereka itu manusia juga selalu buat salah, dan mereka juga tiada kuasa apa2..untuk menyinta atau dicinta....mereka milik Allah, andai Allah tak izin sudah pasti tidaklah mereka menyinta siapa pun...

Siapalah mereka sehingga aku patut buang2 air mata kepada mereka....buang airmata tak bertempat pula...wahai Allah kuatlah hati hamba usahlah hamba menangis lagi pada hal2 yang sia-sia, usah hamba menzalimi diri lagi menangisi pada orang yang tidak sudi....
izinkan hamba untuk tenggelam dalam cintaMu mengharapkan kasih sayang rahmatMu, sungguh hamba tidak akan sedih andai hamba bergelumang dalam rahmat kasih cinta Mu..kerana itulah sebenarnya yang hamba ingini...makbulkanlah permintaan hamba ini ya Allah ya rabbi ya kareem..

Saturday, 30 July 2011

SALAM SAYANG

Salam cinta,
hadirlah kamu
menetaplah di hatiku,
pintu hati telah terbuka,
menantimu penuh redha,
itulah rahmat Allah.

salam cinta,
sejahteralah kamu,
tenanglah kamu,
bahagialah kamu,
dalam rukuq dan sujud,
dalam tahajud.

salam cinta,
cinta kasih ini,
umpama langit dan bumi,
bertemu di satu garisan putih,
bumi akan hidup berseri,
andai langit sudi curahkan kasih.

~salam kasih sayang.
20072011
...............................

LAGU ITU...

Hari ini airmata aku menitik lagi...
mengapa aku harus menangisi...mengapa aku harus sedih...
air mata itu masin...telah lama aku rasa, telah lama aku telan.
ia tetap sama, airmata itu dan rasa itu datang lagi...aku tak dapat menahannya.

cinta itu sama,
cinta itu serupa rasanya, bila ia datang airmata akan mengalir, membasahi pipi..hebatnya kuasa Allah, Dia menjadikan hati dan mata sehati sejiwa. Tatkala hati sedih..mata akan menangis..keluar airmata yang bersih dari telaganya yang entah di mana letaknya dan kalau difikirkan banyak pula airnya itu dan tidak pula ia kering....masyaAllah..

...........................................................
Lagu itu...lagu dulu..lagu lama...tatkala ia berkumandang...(titik noda..d'loiyd), mencuit juga hati aku yang keras ni... tanpa aku sedar air yang jernih dari telaga mataku melimpah lagi....hehehe...hairan...

(selama ini aku tak pernah dengar...ini baru aku mencari senikatanya dan cuba dengar lagunya)

Sore itu langit menjadi gelap
Mendung pun kian menebal
Terdengar tetesan air hujan
Semua menambah kepedihan

Hujan pun turun semakin deras
Begitu juga air matanya
Dia menangis mengenangkan
Dirinya yang ditinggalkan

Reff:
Kasihnya telah pergi
Meninggalkan titik noda
Tinggallah dia kini
Dengan hati yang kecewa

Hapuslah air matamu
Jangan ditangisi kisah yang lalu
Sudah suratan ini terjadi
Jangan disesalkan lagi

Hapuslah air matamu
Jangan ditangisi kisah yang lalu
Sudah suratan ini terjadi
Jangan disesalkan lagi...

"dan lagu ini....

Bunga nirwana...

Aduhai bunga bunga nirwana
tempatmu jauh di alam maya
rupamu indah tak terlukiskan
engkau tak mudah tercapai tangan
c/o:
Engkaulah bunga milik dewa dewi
aku hanya insan insan biasa
aku tak kuasa untuk mencapaimu,
hanya dalam mimpi mimpi belaka.

keindahanmu tak kuharapkan
asalkan harummu engkau kirimkan.

Engkaulah bunga milik dewa dewi
aku hanya insan insan biasa

Aku tak kuasa untuk mencapaimu
hanya dalam mimpi, 
mimpi belaka..

Keindahanmu tak kuharapkan
asalkan harummu engkau kirimkan..

.~salam kasih sayang
nota kasih:
.............................................................
Lagu lama tapi sedap dengar pula...hehehe..penuh makna dan memori...jua menusuk hati...

Lagu itu.....mungkin ada orang menangisinya sejak 26 tahun yang lalu...tetapi aku baru mendengarnya hari ini..."
Hebatnya kuasa Allah Taala...apa yang berlaku kadangkala Allah ingin memberitahu kita tentang rahsiaNya..dan tentang cerita yang sebenar yang terjadi. Sesungguhnya Allah ingin kita mengakui..bahawa Dialah Tuhan yang maha berkuasa dan kehendakNya sesuatu itu akan terjadi..." masyaAllah..subhanallah.Allah huakbar..alhamdulilllah...moga kita bersyukur..

CATATAN INI KU TULIS DULU...MEI 2011 YANG LALU...SEWAKTU CINTA MULA SINGGAH DI TERATAK KASIH...
KU PASTEKAN DI SINI SEBAGAI MEMORI CINTA KASIH SAYANG...HEHEHE..
MOGA SAYANG AKAN MEMAHAMI LUAHAN HATI KASIH INI....HIHIHI....
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."