"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Sunday, 28 August 2011

Sabarkan lah aku ya Allah..

salam..

saat-saat begini,
tah rindu itu sering mengetuk.
sayu...hiba rasa hati ini..
bgaimanalah harus aku lakukan..
bagaimanalah harus aku melupa,

hari-hari berlalu,
terasa amat lambat,
terasa amat sakit..
mengapa harus aku jalani,
cinta untuk kedua kali..

amat sakit,
tak tertanggung rasa hati,
wahai Allah yang mengetahui bisik hati,
engkau jua yang mengetahui tentang rinduku ini,
engkua jua mengetahui tentang dia,

bantulah aku
untuk bersabar dan tabah menghadapi,
tiada daya upaya aku,
melainkan dengan izinMu,
tetaplah aku kuat dan sabar menanti.

~salam kasih sayang.
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Monday, 22 August 2011

rindu hati ini..

salam kasih sayang.
rindu padamu tak terkata..
rindu padamu tak terluah..
rindu padamu ku simpan di hati,
sehingga membeku dan aku kesejukan dan tidak ketentuan..

......................................................
sunyinye..hari..
sunyinya petang ni,
sunyinya hati..

di luar hujan turun..
di dalam hati ada sebak bergulung.
di dalam mata ada air bertakung.

wahai hati sabarlah,
wahai mata mengalirlah sepuasnya,
wahai kasih redhalah.

tiap kesedihan itu ada pahala,
tiada kesabaran itu ada ganjarannya,
tiap bisikan itu Allah mendengar

moga aku kuat,
menanggung rindu kasih sayang.
semoga aku tabah menempuh cubaan.

~salam kasih sayang...............................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Thursday, 18 August 2011

Rindu itu..

andai aku merindumu kasih...aku berselawat pada Rasulullah..
di sana ada ketenangan, dan kesyahduan kasih sayang...dengan berkat berselawat kepada Rasulullah 
semoga Allah menyampaikan pencarian rinduku...aaminnn.
................................................................
Salam sayang..
hari ni 18.08.2011
genap 7 hari aku tak menghubungi abang..
sedih pilu rasa hatiku tak terkata..
tiap maghrib sebak itu bertandang lagi..
aku tak tahan...
lalu airmataku mengalir lagi..
aku kuatkan hati...
sabarlah...sabarlah..usah menangis lagi..
semoga Allah memelihara dia..
Allah yang menciptanya,
Allah yang memberi nyawa padanya,
Allah yang menghidupkannya
Allah yang memberi rezeki kepadanya,
Allah yang memeliharanya..
aku cuma perlu berdoa..
semoga dia sejahtera dan diberi petunjuk dan hidayah,
ke jalan yang lurus dan mulia,
jauh dari segala bala bencana dan maksiat..
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhiratnya,

Siapalah aku...
hamba yang hina, lagi banyak membuat dosa.
ampunilah hamba ya Allah kerana kurang ilmunya,
terkadang hamba meminta itu ini...
kemudian aku tukar fikiran meminta begitu begini.
semoga Allah menetapkan pendirian aku.
dalam aku memilih IMAN dan TAKWA kepadaMu,
dalam hamba berlumba mengejar CINTA dan REDHAMU,
hamba terpaksa mengorbankan hati dan perasaanku
cintaku padanya sungguh aku menyintainya...
cinta itu sungguh sakit lagi sulit...
aku sedar ya Allah, siapa aku,
aku insaf ya Allah...hakikat diri aku...
sungguh aku padanya....bukan siapa-siapa...
aku kecil aja di matanya..
tak da rupa apa lagi harta kekayaan dunia.
aku mohon ikhlas itu titipkan dalam hatiku...
agar aku tidak akan memandang hubbun dunnia,

Aku berserahlah padaMu ya Allah,
Engkaulah ya Allah, Tuhan yang mencipta rasa2 yang ada dalam jiwa,
andai rasa2ku ini anugerah Allah yang maha pengasih,
andai rasa2nya jua anugerah Allah yang maha pemurah,
pada suatu hari rasa2 itu akan dipertemukan pada titik silang yang soleh dan solehah..
petemuan di garisan putih suci antara langit dan bumi, takdir Allah dan rahmat Ilahi,
kerana janji Allah itu benar,
dan Allah amat mendengar yang tidak perlu telinga untuk Dia mendengarkan segala permintaan hambaNya,
Dia yang amat mengetahui baik buruk dalam hidup ini.
Andai Allah tidak memberi padaku lagi,
andai Dia tidak mengkhabulkan permintaanku lagi untuk bersamanya...berbicara kasih dengannya,
usahlah aku bersusah hati,
pasti di sana ada kebaikan yang banyak dalam hidupku ini...
aku redha dan aku terimalah takdir yang terindah ini..

Semoga aku kuat tabah menempuh perkabungan cinta ini..
cinta ini amat sakit tapi rasanya amat manis bagi yang meredhai takdir Ilahi.
jadikan aku adalah salah seorang dari kalangan hambaMu yang sabar. Ya Allah ya Rahman Ya Rahim..aaminnn,


....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Tuesday, 16 August 2011

Rindu..

salam ramadhan kareem...
salam kasih sayang..
salam kemaafan..

hari ini 15 haribulan ..
baru lima hari aku menyepi...terasa hidup ini kosong tak bererti..
sunyi lagi sendiri...
sungguh benar seperti abang kata..".cinta itu...untuk menghadapinya sangat perit..."
sangat sakit....
namun aku gagahi juga...kerana aku pasti Allah mendengar segala bisik hamba,
Allah maha tahu, Allah maha pengasih dan penyayang..

ku pasti suatu hari Allah akan memberi jawapan kepada semua persoalan, Allah akan memberi aku ketenangan...
takwa kepada Allah yang ku kejari, redha Allah yang ku dambai, semoga aku mendapat takwa dan redha itu,
demi untuk mendapat kedua itu aku perlu berkorban, hati dan perasaan...kerana atas nama cintalah pengorbanan ini bermakna..dan semoga Allah membimbing aku bermumaalah dengannya..
salam kasih sayang..

amin ya Allah.
15082011
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Saturday, 13 August 2011

Ketika cinta bertasbih...

Bila cinta bertasbih ...
tiada yang nampak di mata malainkan keindahan bersama..
hanya yang ku pohonkan agar Allah memberiku kekayaan jiwa,
aku kuat bertahan menempuh segala mehnah dunia..
semoga Allah memberiku kekuatan untuk solat, doa dan sabar sepanjang hayat..aaminnn
...............................................................................
salam kasih sayang..
salam maghfirah Allah...
salam kerinduan
salam kemaafan...

hari ini..dah 13.08.2011
dah tiga hari aku sepikan diri...
terasa duniaku kosong, sunyi dan sepi,
tiada teman bicara walau di sekeliling riuh rendah..

hati aku...
hati aku ini kalau waras aku sering teringat,
hati aku ini kalau teringat sebak akan menggulung menghentam.
aku tak tahan..

airmata aku ini,
begitu sudi untuk tumpah,
tanpa aku pinta tanpa aku mahunya..
mahu saja ia mengalir tanda simpati pada hati yang tersiksa..

wahai Allah,
Engkaulah maha mengetahui kedudukan aku dan dia.
tenangkan hati aku dan hatinya..
agar kami dapat beribadat kepadaMu sentiasa.

tiadalah daya upaya kami
melakukan taat jika tanpa keizinanMu ya Allah,
tiadalah daya upaya kami
meninggalkan maksiat tanpa pertolonganMu ya Allah.

~salam kasih sayang.
13.08-2011
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Thursday, 11 August 2011

Warna kasih abang..

tarikh ini...110811
tarikh cantik..di mata hamba.
tarikh 11 itu tarikh lahir abang.
tarikh 11 itu tarikh kita berjumpa..
tarikh 11 ini takdir cinta kita bernoktah.
semoga hati itu bisa tenang ...walau airmata terkadang mahu mengalir saja.
hehehe..mungkin tarikh 11 itu kelak kita akan berbaik semula..siapa duga siapa sangka..
segalanya dalam rahsia Allah taala...
...........................................................................................................................
salam..
hari ini aku mengerti,
hari ini aku dah faham..
hari ini aku semakin celik,
hari ini aku semakin cerdik....

kerana satu mesej...
kerana aku selalu bertanya,
kerana aku teramat rindu...
kerana aku teramat menyinta...

kalau menyinta akan selalu bertanya2
kalau tak sudi akan marah kalau bertanya,
kalau bertanya dikata mengulangi benda yang sama,
kalau menjawab dikata membuang masa..

kalau dia marah aku faham la...
tiada cinta kasih lagi yang bersisa dihatinya
kalau dia tak marah aku faham juga,
cinta kasih abang masih bernyala..

mulai hari ni aku semakin matang...
menilai cinta kasih abang seadanya..
airmata takkan kubiarkan terbuang..
kerana mengharapkan cinta lama..

aku semakin berani kini,
untuk memilih menyepi diri.
melangkah meninggalkan memori kasih,
walaupun hati perit lagi sakit...

dulu simpati aku menghiris2..
kerana dosa lamaku yang menghimpit..
hadirnya abang sekadar menghantar balasan pedih,
rupanya tiada lagi cinta kasih..

hehehehe...
semoga abang sentiasa dalam sejahtera,
semoga abang sentiasa dalam rahmat Allah,
semoga abang tak tensen dengan bisnes sekarang..
semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrawi abang.

kata-kata terakhir cukup memberiku gambaran,
melukis hati dan juga perasaan sayang..
kata-kata ayang walaupun abang tak faham..
walaupun hati terhiris doa kasih ayang selitkan.

Wahai Allah tuhan sekelian manusia..
kurniakan kesabaran dan kekayaan di hati hamba,
usahlah hamba terpedaya dengan mehnah dunia.
tetaplah hamba bertakwa kepada Allah..


~salam kasih sayang.
10082011.
......................................................
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Wednesday, 10 August 2011

Mesej kasih..

Salam sayang...
Maghrib tadi..
aku teringat sangat...hehehe..rindu tak tertahan, lalu aku ringan tangan menekan masej..

"Salam...abang baik2 ka. sihat..bahagia.? Dapat solat semua...jom gi solat tarawih... Moga bang dapat balas msej ni, ayang tunggu mesej abang..k..sayang..."

kemudian aku gi surau...
balik surau aku tengok ada msej abang..
"Wsalam..ok. baru bis solat ni, nak p marriot sat jumpa kwan mai dari sabah.."

em..ringkas je. Apa benda merriot tu...emm..malas aku nak tanya-tanya...ok la tuh...
asalkan balas dah ok la...dia ada rsa nak bals..dan prihatin juga...
kalau tak nak balas lagi la sakit hati....hehehe.

Emmm..tak apa la tapi aku malas nak bals balik...nanti kalau abang tak balas sakit sangat aku rasa..nunggu balsan ni...hai..geram rasa nak nangis je...jadi aku jangan selalu koyak hatiku..ni..akulah kena jaga..jangan ia sedih2 lagi...jangan ia terluka lagi......

Ok la..moga selamt ja segala urusan...kadang aku terfikir pula...aku kena faham dia...faham kerja dia..faham hati dia...dia bukan aku..aku tahu la hati aku..tu pun kadang2 aku nangis juga sebab aku geram pada hati aku. Ni orang lain hati dia mana aku tahu...dan sudah pasti diri dia..dia ada hak, dan identiti dia sendiri, serta persepsi, dan priority..Aku mana leh dok nak dia ikut cakap aku....hehehe..hai aku tak patut buat dia gitu...aku kena tolak ansur lah, kena faham la kedudkan dan keadaan dia...usah prasangka buta..kena redha..dan serah pada Allah,

 Allah menciptanya, Allah memberi rezeki padanya, Allah menjaganya, Allah menghidupkannya, Allah mematikannya, Allah melihatnya dan Allah sentiasa mengetahui tentang hambanya. Allah lebih menyayanginya lebih dari aku kasihinya, Allah mengetahui apa yang terbaik kepadanya. jadi ada baiknya aku doakan saja agar Allah memberi ptunjuk dan hidayah padanya, agar dia sentiasa dalam kebaikan, dalam ketakwaan di jauhi segala maksiat dan bala bencana, Dimudahkan segala urusan pekerjaan dan dapat menambahkan amal kebaikan di dunia, Semoga selamat segala urusan hidup abang seharian.

 Semoga hati aku ni lembut untuk terus berdoa, dan penuh kekayaan jiwa dan tidak cemburu buta, dan sentiasa berlapang dada dan minda untuk memberi sokongan moral padanya. Ya InsyaAllah ayang hantar doa ksih sayang dari jauh semoga cinta abang pada ayang tetap seperti dulu tak berubah walau dipukul segala badai manusia atau masa...tetap kasih sayang cinta selamanya.

~salam kasih syg.
09082011
....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg