"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Tuesday 29 May 2012

Cinta itu...

Salam kasih sayang.
hari ini dah dua hari aku diam,
aku belajar untuk tenang..
aku belajar untuk melupakan,

Semoga aku berjaya,
membuat sesuatu yang sukar sebenarnya,
semoga aku kuat,
kerana rindu itu sungguh hebat...

Cinta itu sebenarnya sakit,
andai diri lemas tenggelam sendirian,
cinta itu sebenarnya duri-duri
yang menikam hati ini...

~cintakasihsyg
29052012.
....................................
nota cinta,
walau sebagaimanapun aku cuba...aku tipu diri sendiri andai aku kata aku dah melupa. Tentang hati dan perasaan ini sebenarnya bukan rekaan manusia. Andai manusia boleh mencipta perasaan, tidaklah susah, tidaklah berlaku pembunuhan, tidaklah ada orang yang tidak mahu berkahwin...kerana perasaan itu sememangnya pemberian Alalh Taala. Andai aku bisa membunuh cinta itu....sudah lama aku cabut dan buangkannya di balik gunung. Andai aku bisa memadamkan bara cinta yang membara dah lama aku padamkan dan kini ia sudah menjadi arang. tetapi kenapa tidak boleh, kenapa sehingga kini memoir manis bersama masih bermain di mata..kenapa. Entahlah aku pun tidak mengerti hanya Allah Taala tuhan segala cinta yang mencipta rasa yang maha mengetahui....titipkan sabar di hati hamba. jangan hamba membuat perkara-perkara yang Engkau benci...bimbinglah hamba ke syurgaMu nan tenang...amin.
....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment