"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Wednesday 25 January 2012

Kuatlah wahai cinta...


salam sayang...
entah hari-hari yang ku jalani tanpa kamu,
adalah sepi.
kosong tak bermakna lagi.

mengapa ya..
hujung2 kedewasaan ini,
aku di cabar dengan ujian cinta lagi,
sungguh ia amat pedih lagi sakit,

Wahai Tuhan,
yang maha pengasih lagi maha penyayang,
seru sekalian alam,
apakah ada harganya rindu yang tak bertepi ini,
apakah ada nilainya kesabaran ini,
apakah ada untungnya menyintai orang yang tidak menyintai aku lagi,..
sungguh ia sangat perit...

Wahai aku,
pandang jauhlah ke sana,
jalan lurus yang di sediakan Allah untuk ke syurga,
jangan peduli mehnah dunia,
apakah kamu ingin lelaki yang begitu untuk menjadi suami kamu,
apakah kamu ingin makan hati berulam jantung selama hidup kamu,
apakah kamu mahu lelaki yang tidak menyintai kamu seumur hidup kamu,
apakah kamu siap menghadapinya selama hidup kamu di dunia,

Sayang sedarlah,
andai dia menyintai kamu
bukan begitu caranya,
tidakkah kamu tahu lelaki menyintai itu bagaimana,?????????????????????????
Ya..aku tahu..
lelaki yang menyintai itu
pasti dia akan bertanya tentang khabar kamu sentiasa,
kerana dia meyinta.
pasti dia akan mengutusi kamu walau apa cara,
kerana dia menyinta,
pasti dia tidak lupa tarikh hari lahir kamu yang telah lepas,
kerana dia menyinta,
pasti dia ingin memberikan segalanya buat kamu untuk membahagiakan kamu semampunya,
kerana dia menyinta,
pasti dia amat berbahagia kerana pertemuan kali kedua,
kerana dia amat menyinta,
pasti dan pasti dia akan melakukan apa cara untuk mendapatkan kamu semula,
kerana dia menyinta..

Tetapi...
apakah ada ciri-ciri itu padanya???????????????
tidakkan,,,?   kerana dia tidak menyinta..!!
oleh itu ucapkan selamat tinggal dan selamat jalan pada cintanya,
cinta yang kamu damba itu,
cinta yang telah menjadi sejarah,
ya mimpi-mimpi indah yang hilang setelah kamu jaga.

Wahai Allah kuatkan hati hamba,
redhalah hati hamba dengan ketentuanMu yang maha hebat,
hamba redha ya Allah apa aja yang Engkau beri,
kerana Engkaulah yang berkuasa aku tidak ada daya upaya apa.
aku redha ya Allah,
andai inilah jalan-jalanMu untuk menuju ke syurga,
kurniakan aku cinta seorang lelaki yang amat menyintaiku,
dalam hidupku di dunia,
menyintai aku seadanya,

Andai aku akan kehilangannya buat kali kedua,
titipkan redha di hatiku ya Allah,
aku bermohon ya Allah
kurniakan bahagia padanya bersama keluarganya,
padamkan ingatan aku terhadapnya,
ikhlaskan hati aku, usah aku kecewa kerana kehilangannya,
gantikan aku cinta seorang lelaki yang tulus menyinta,
agar hati ini tenteram untuk beribadat kepadaMu ya Allah,

Wahai Allah,
berilah petunjuk dan hidayahMu padanya,
agar suatu hari dia akan merasa, dan berkata,
maafkan aku sayang, kerana menyia-nyiakan cintamu.
maafkan aku kerana buta menilai cinta kasih kamu,

saat itu aku dan cintaku telah tiada buatnya.
jangan aku menyesal atau sedih lagi dengan cinta dunia yang sekejap ini,
kuatkan aku untuk berjalan menuju syurgaMu di dunia dan di akhirat..amin. ya Allah.

amin ya rabbal alamin.
 ....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

1 comment:

  1. Merkur 34C Review - Merkur 38C "Heavy Duty" Review
    Merkur 메리트카지노총판 34C choegocasino Heavy Duty Safety Razor with Heavy Duty Three-Piece Bar is the classic design for deccasino the Merkur. This Merkur safety razor has a long handle,

    ReplyDelete