"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Tuesday 29 May 2012

Saat ini...

ya ini paparan desktop laktop aku..
nampak tenang...tetapi Tuhan saja yang tahu hati dan rasaku...
sayang...tidakkah kamu rasa apa yang ku rasa kini?
tidakkah kamu mahu mengerti hati aku ini????
................................................................................................
sayang..
sekarang...
teringat sangat kat abang..
hehehe..
tah kenapa ya..
abang tak ingat ka kat ayang..

emmm.
sekarang...
mungkin abang sedang berbahagia
yalah sama keluarga tersayang..
semoga abang tenang.

emmmm..
ayang akan di sini..
menulis catatan mimpi kasih,
memoir cinta kasih sayang
yang tak pernah padam.

~cintakasihsyg
29062012
............................
nota cinta
aku tidak pasti...sampai bila aku dapat bertahan dengan rasa yang hebat di jiwa..
selalu tatkala aku memandu..aku mencari-cari nombor kereta abang...hehehe. Hebatnya cinta. Selalu tatkala aku berjalan shopping santai-santai membeli belah...zahirnya aku riang gembira, tetapi dalam hati aku tetap membawa abang bersama di minda dan di mata...Wah, hebatnya cinta. Terkadang airmata aku ini selalu mengalir...aku mengharapkan abang akan mengejar aku...hehehe..abang datang mencari aku....abang akan mengutusi aku....tetapi ternyata abang tidakpun memperdulikan aku...abang tidak ingat aku, abang tidakpun tahu...tidakpun mahu bertanya aku...Ohhhhhhhhhhhh hebatnya cinta...sakit sangat...sungguh sakit. Airmata itu tak pernah lekang dari mata..ia sentiasa menemani aku tatkala jiwa aku sedih....ohhh..sayang..hebatnya cinta...sungguh tidak berdaya.....

Sungguh aku selalu berperang dengan rasaku sendiri...terkadang aku menang...terkadang aku kalah,
aku menjadi tawanan dengan perasaanku sendiri, dengan kehendakku sendiri....Wahai Allah bantulah aku....aku tak kuat, aku tak hebat, aku tak cantik..hehehe..aku ini orang tak pandang...tolonglah hamba untuk bertakwa kepada Allah..untuk melupakan hambaMu itu, untuk tidak melebihi cinta pada makhluk, berbanding cinta pada Rasul, dan cinta padaMu sendiri...bantulah hamba...untuk khusyuk dalam rukuq dan sujud...amin.

....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

Cinta itu...

Salam kasih sayang.
hari ini dah dua hari aku diam,
aku belajar untuk tenang..
aku belajar untuk melupakan,

Semoga aku berjaya,
membuat sesuatu yang sukar sebenarnya,
semoga aku kuat,
kerana rindu itu sungguh hebat...

Cinta itu sebenarnya sakit,
andai diri lemas tenggelam sendirian,
cinta itu sebenarnya duri-duri
yang menikam hati ini...

~cintakasihsyg
29052012.
....................................
nota cinta,
walau sebagaimanapun aku cuba...aku tipu diri sendiri andai aku kata aku dah melupa. Tentang hati dan perasaan ini sebenarnya bukan rekaan manusia. Andai manusia boleh mencipta perasaan, tidaklah susah, tidaklah berlaku pembunuhan, tidaklah ada orang yang tidak mahu berkahwin...kerana perasaan itu sememangnya pemberian Alalh Taala. Andai aku bisa membunuh cinta itu....sudah lama aku cabut dan buangkannya di balik gunung. Andai aku bisa memadamkan bara cinta yang membara dah lama aku padamkan dan kini ia sudah menjadi arang. tetapi kenapa tidak boleh, kenapa sehingga kini memoir manis bersama masih bermain di mata..kenapa. Entahlah aku pun tidak mengerti hanya Allah Taala tuhan segala cinta yang mencipta rasa yang maha mengetahui....titipkan sabar di hati hamba. jangan hamba membuat perkara-perkara yang Engkau benci...bimbinglah hamba ke syurgaMu nan tenang...amin.
....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg