"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Friday 2 September 2011

Bisikan cinta..

salam.
.
sayang..
ramadhan telah berlalu..
semoga kita dapat dapat membawa amalan ramadhan
ke dalam bulan2 di luar ramadhan pula..
semoga hati itu bersih,
semoga hati itu kaya,
semoga hati itu tenang.
semoga hati itu halim..
semoga hati itu pemurah,
semoga hati itu pengasih,
semoga hati itu putih..
seumpama hati nabi Muhammad s.a.w..

Sayang..
tatkala rindu itu bertiup,
tatkala ia mengetuk pintu hatiku,
tatkala pintu hati itu ku buka..
sungguh aku tak berdaya...
ku sapa kamu dengan linangan airmata,
ia tumpah, ia melimpah,
ia singgah tanpa pernah aku pinta,
sungguh aku sedar,
aku kini dalam fasa-fasa ujianNya,
aku perlu banyak bersabar,
menempuh segala mehnah dunia.

Sayang...
aku percaya,
andai Allah mengizinkan
untuk kita berjumpa,
sungguh ia amat mudah bagi Allah,
tetapi mengapa aku tenggelam dalam airmata,
mengapa kita dekat terasa sangat jauhnya,
mengapa tidak pernah ada titik silang cinta,
mengapa hati itu masih bersedih,
mengapa mata itu masih mahu menangis,
cinta masih mengharap kasih.
sayang ia telah berakhir...

Sayang..
sungguh Allah maha berkuasa,
Allah maha mendengar segala,
Allah mahu kita mengakui
bahawa Dialah yang maha berkuasa,
Allah maha mengetahui,
Allah maha merencana,
dan perencanaan Allah itu penuh dengan rahsia,
kita manusia tiada ilmu, tiada daya upaya
hanya padaNya kita bergantung,
dan tumpahkan taat setia,
dan rasa cinta.

Sayang...
kita serah aja pada Allah,
kita redhalah ketentuan Allah,
kita rukuq dan sujudlah pada Allah,
kita mohonlah keampunan pada Allah,
semoga Allah memandang kita dengan kasih sayangNya,
semoga rahmat dan berkatNya melimpahi kita,
semoga Allah kurniakan syurgaNya kpd kita
 di dunia dan syurga d akhirat juga,
semoga Allah menjauhkan azabNya dari kita,
 di dunia dan azab di akhirat juga..
semoga kita redha pada Allah Allah meredhai kita..

amin ya Allah.
02.09.2011
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment