"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Saturday 6 August 2011

Airmata kasih...


Kasihnya Allah pada hamba.
sentiasa menghadiahkan pagi yang baru lagi indah..
subhanallah...alhamdulillah ya Allah....
........................................................................................................................
Salam sayang..
hari ni hari Sabtu...06082011
entahlah...
pagi ni teringin aku nak mesej abang lagi, seperti selalu aku buat, Aku akan mesej abang lepas subuh. Nanti abang akan balas..".Wslm..abang ok..tkcare, have a nice day". walaupun pendek ringkas. biasa. tetapi sejuk juga rasa hati kasih. Ia penambah semangat penguat jiwa..

Tetapi hari ini...aku tulis...
"Assalamualaikum wbt. Abang sihat ka, Semoga sihatlah selamat menjalani ibadah puasa. Keja tak. Hari ini main golf ka...."
Tetapi... tak sempat nak ku tekan sent...airmataku mengalir lagi, aku teringat kenangan dulu sewaktu bersama abang. Indah sangat ketika itu." Abang tolong pakaikan tali topi keledar kat aku. Aku tak pandai pakai itulah kali pertama aku naik motor ngan abang. hehehe. Abang tolong sendukkan udang kat nasi aku sewaktu.kat kedai mamak, Itulah kali pertama nakan ngan abang, hehehe..Abng baik sangat ketika itu. Rasa2 kasih sayang itu telah ada dalam hati aku ketika itu..tetapi setelah aku gi maktab..hubungan kami telah terputus..dan selepas itu ingatan buat abang tetap ada dalam kotak minda ini,dan ia tersemat dihati...sekali sekala ia bergetar seumpama urat nadi yang menghidupkan ruhi. Itulah takdir Allah, kerana khilaf aku berdoa..Allah telah memberi, lalu abang yang merana, aku juga tak kesampaian kasih sayangnya...sehingga kini aku menyesali kebodohan aku, Kesilapan hanya satu ayat.mengheret penyesalan seumur hidup aku...Namun itulah kehendak Allah, itulah takdir cinta kasih, itulah ujian dalam dunia cintakasihsyg...Tatkala aku teringat semuanya airmata aku ini tak mahu berhenti..ia mahu saja mengalir mungkin untuk mencuci dosa2ku yang bersisa itu...

Hari ini apa yang aku sedihkan...apa yang aku inginkan...apa yang aku rajukkan lagi? Aku tak jadi sent mesej itu.  Aku biarlah ia tersimpan dalam draf...aku bayangkan aku telah hantar. Aku hantar doa agar abang sihat dan selamat menjalani kehidupan seharian. Walaupun mesej aku tak pergi tapi semoga doa aku sampai padamu sayang....

Teringat sorang sahabatku berkata dulu..." DUNIA NI USAH DIKEJAR SANGAT, ADA ANAK-ANAK AKAN JADI BEKALAN MASA TUA..." Ya benar cakap dia...aku harus berdiri dalam realiti, aku harus sedar diri, dunia ini usah di kejar-kejar sangat. Aku harus berkorban, hati dan perasaanku ini, Allah tahu, Allah ada, Allah akan membayar tiap kesedihan yang aku tanggung selama ini.

Wahai Allah bantulah hamba, tolonglah hamba, kesedihan ini sungguh memuncak...airmata aku ini ingin saja mengalir. Sebak di dadaku ini, selalu aja datang bergulung-gulung...terkadang aku akan hanyut bergelumang...dan amat sukar sekali untuk aku kembali tenang. Aku meminta bantuanMu ya Allah, tolonglah hamba, tenangkan hati hamba. Andai jalan yang hamba lalui ini tidak Engkau redhai, kembalikanlah hamba ke jalanMu yang benar iaitu.jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat bukan jalan kemurkaan dan kesesatan..bimbinglah hamba untuk bermuamalah dengannya jangan hamba membuat kesilapan yang sama dikeduakalinya...sungguh ia amat sakit dan pembalasanMu jua pasti ada dan hamba tidak sanggup lagi berada di dalam telaga derita, Cukuplah sekali dulu hamba telah mensia-siakan hati hambaMu yang tulus menyinta...

Kurniakan kesabaran di hati hamba ya Allah, kurniakan hamba kekayaan hati agar hamba tidak merasa susah dengan pemasalahan yang hadir, kurniakan hamba lapang jiwa agar hamba tidak merasa sempit dengan segala pemasalahan yang tiba, dan tidak merasa besar dengan masalah remeh temeh yang singgah sekali sekala..Kurniakan hamba kejernihan fikiran untuk hamba berfikir dengan rasional dan merasa tenang menempuh segala pemasalahan kehidupan yang menikam...Bantulah hamba bimbinglah hamba ya Allah, padaMu yang hamba sembah padaMu hamba memohon pertolongan.Hamba ini tidak kuat, berilah hamba kekuatan, hamba ini dungu berilah hamba kebijaksanaan, hamba ini lalai berilah hamba perhatian...sungguh hamba tidak akan merasa susah atau perit hidup ini andai Engkau yang membantu aku..Terimalah permintaanku ini ya Allah...amin.

~salam kasihsyg.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


.....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~~sayang

No comments:

Post a Comment