"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Thursday 11 August 2011

Warna kasih abang..

tarikh ini...110811
tarikh cantik..di mata hamba.
tarikh 11 itu tarikh lahir abang.
tarikh 11 itu tarikh kita berjumpa..
tarikh 11 ini takdir cinta kita bernoktah.
semoga hati itu bisa tenang ...walau airmata terkadang mahu mengalir saja.
hehehe..mungkin tarikh 11 itu kelak kita akan berbaik semula..siapa duga siapa sangka..
segalanya dalam rahsia Allah taala...
...........................................................................................................................
salam..
hari ini aku mengerti,
hari ini aku dah faham..
hari ini aku semakin celik,
hari ini aku semakin cerdik....

kerana satu mesej...
kerana aku selalu bertanya,
kerana aku teramat rindu...
kerana aku teramat menyinta...

kalau menyinta akan selalu bertanya2
kalau tak sudi akan marah kalau bertanya,
kalau bertanya dikata mengulangi benda yang sama,
kalau menjawab dikata membuang masa..

kalau dia marah aku faham la...
tiada cinta kasih lagi yang bersisa dihatinya
kalau dia tak marah aku faham juga,
cinta kasih abang masih bernyala..

mulai hari ni aku semakin matang...
menilai cinta kasih abang seadanya..
airmata takkan kubiarkan terbuang..
kerana mengharapkan cinta lama..

aku semakin berani kini,
untuk memilih menyepi diri.
melangkah meninggalkan memori kasih,
walaupun hati perit lagi sakit...

dulu simpati aku menghiris2..
kerana dosa lamaku yang menghimpit..
hadirnya abang sekadar menghantar balasan pedih,
rupanya tiada lagi cinta kasih..

hehehehe...
semoga abang sentiasa dalam sejahtera,
semoga abang sentiasa dalam rahmat Allah,
semoga abang tak tensen dengan bisnes sekarang..
semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrawi abang.

kata-kata terakhir cukup memberiku gambaran,
melukis hati dan juga perasaan sayang..
kata-kata ayang walaupun abang tak faham..
walaupun hati terhiris doa kasih ayang selitkan.

Wahai Allah tuhan sekelian manusia..
kurniakan kesabaran dan kekayaan di hati hamba,
usahlah hamba terpedaya dengan mehnah dunia.
tetaplah hamba bertakwa kepada Allah..


~salam kasih sayang.
10082011.
......................................................
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment