"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Thursday 4 August 2011

Salam kasih

salam..sayang..
hari ini tarikh ini aku menangis lagi..
tah kenapa aku harus menangis..
apa yang aku sedihkan,
apa yang tak kena pada aku ni,
apa yang aku cari dalam hidup ini,
apa yang tak cukup lagi dalam diri,
apa yang aku kejari..
apa yang aku ingini...

tah..
letih dah fikir,..
tapi apa yang terdetik di hati,
tatkala ku buka pintu hati ini,
cinta tak pernah mahu menanti,
ia lari tak pernah mahu menghargai,
sebak bergulung mencengkam menghiris ,
airmata mengalir dan terus mengalir,
inikah ujian buat kasih lagi...

Wahai Allah
tenangkan hati hamba,
bila mana mata hamba celik
hati hamba akan menangis,
tenangkanlah hati hamba,
bila mana minda hamba waras,
memoir lama berputar-putar dikotak kepala,,
hamba tak tahan...ya Allah,
ia mengheret, menjerut dan menikam rasa,

Wahai Allah,
tolonglah hamba ini,
hamba berpuasa keranaMu ya Allah,
hamba percaya kekuasaanMu,
hamba percaya Engkau mendengar segala bisikan,
hamba percaya Engkau mengetahui segala isi hati manusia,
hamba percaya cinta itu suatu anugerah
tunjukkanlah hamba jalan,
bagaimanakah harus hamba lakukan,

Jangan hamba disesatkan lagi,
dalam delema kasih rindu tak kesampaian,
sungguh ia sakit perit lagi tidak ketahuan,
kirimkan kepada hamba ya Allah,
cinta orang yang menyintai hamba,
cinta kasih kerana Allah Taala..
lekatkan kasih sayangnya itu,
kekalkan kasih sayang kami
di dunia hingga ke syurga.

amin ya rabb...

~salam dari utara..penuh dengan airmata.
110811
..................................
nota cinta:
Tanggal 11 itu pertemuan antara kamu dan aku, setelah sekian lama terpisah tanpa sengketa, tanpa sedar tanpa bicara, tanpa tahu sebabnya..
Tanggal 11 juga kamu di lahirkan...emm..baru ja aku tahu mungkin dulu aku tahu tetapi telah terlupa kerana terlalu lama...tapi kamu tak lupa tarikh lahir aku..hihihi
Tanggal 11 juga.sejak tiga bulan ini....aku selalu menangis kenapa ya..mungkin bulan kian mengambang kenangan-kenangan  datang melayang...hehehe. Entahlah... apa kena dengan hatiku ini...apa kena dengan rasaku, mengapa aku bersedih, biarlah manusia tidak menghargai aku...Selalu monologku sorang diri...aku perlu ikhlas...sungguh susah nak bagi orang cinta ksih kita yee......hehehe.

 Cinta itu api...panas sakit sekali. Silap2 rentung kalau ikut hati..,,,janganlah sampai camtu...sedih sangat..tak nak la ikut hati... Kadang2 aku kata...biarlah manusia di bumi tidak memandang aku...Asalkan penduduk di langit sentiasa mendoakan aku ....hehehhe...Usah menharap kasih sayang orang di bumi tu, asalkan penduduk langit sentiasa melihat-kihat aku. meninjau-ninjau aku...hihihi.(banyak sangatkah amalan aku)...Aku pujuk hati aku sndiri...dah tak dak orang nak pujuk aku...Aku sedih aku manangis..aku sendiri pujuk agar aku jangan menangis...jangan sedih-sedihlah. Aku bayangkan manusia lain tu tak dak perasaan, usahlah fikir sangat tentang meke...lupakan...lupakan... mereka itu manusia juga selalu buat salah, dan mereka juga tiada kuasa apa2..untuk menyinta atau dicinta....mereka milik Allah, andai Allah tak izin sudah pasti tidaklah mereka menyinta siapa pun...

Siapalah mereka sehingga aku patut buang2 air mata kepada mereka....buang airmata tak bertempat pula...wahai Allah kuatlah hati hamba usahlah hamba menangis lagi pada hal2 yang sia-sia, usah hamba menzalimi diri lagi menangisi pada orang yang tidak sudi....
izinkan hamba untuk tenggelam dalam cintaMu mengharapkan kasih sayang rahmatMu, sungguh hamba tidak akan sedih andai hamba bergelumang dalam rahmat kasih cinta Mu..kerana itulah sebenarnya yang hamba ingini...makbulkanlah permintaan hamba ini ya Allah ya rabbi ya kareem..

No comments:

Post a Comment