"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Sunday 2 October 2011

Keranamu kasih..cinta menangis.

salam
kasih sayang
hari ini aku sedih lagi,
tah kenapa aku nangis tak renti-renti,
terasa sedih sayu pilu nyilu.
terasa hati ini seperti dihiris-hiris.
ingin menangis sepuas2,
aku menangis di bilik mandi,
tapi esakan aku tak didengari,
tak siapa yang mendengar tangisan sedih,

sungguh kalu kalau menyinta,
dialah bahagia kita,
kenangan bersamanya mengembirakan kita,
kata-katanya seungguh menyeronokkan kita,
ingatan padanya menjadi motivasi kekuatan kita,
tiap detik berlalu tak terasa
bayangan kasih sayangnya ada di merata-rata,
di langit di bumi malam dan siangnya.

tetapi hari ini,
aku baru sedar,
aku baru tahu rasanya yang sebenar,
dulu keingingannya agar aku tidak pergi lagi,
keinginannya untuk berhubungan dangan kasih,
keinginannya untuk menyintai aku,
kata-katanya l love u itu so much itu,
adalah tipu belaka,
adalah tidak benar rupanya,
adalah gula-gula manis mengaburi mataku sahaja.

hari ini aku mengerti,
siapa dia,
kini aku telah kenal dia,
dia bukan milik aku lagi
dia bukan sehabat, kekasih dan cinta aku lagi,,
bukan dia yang dahulu datang dengan rasa kasih
mengunjungi rumahku..

hari ini..aku bertekad,
aku tak akan menghubungi abang lagi,
aku telah delete nombor abang dalam hp aku,
aku dah lupa nombor abang.
aku takkan menghantar mesej pada abang lagi
aku dah kecil hati,
aku dah puas menangis,
aku tak mahu menggoyak hati aku lagi,
aku tak mahu menyusahkan hati aku lagi,
aku tak mahu menzalimi diri aku lagi,
aku bukan pembawa masalah,
sampai hati abang kata aku begitu,
rupanya aku di sisi abang sebagai pembawa masalah,
aku takkan msej abang lagi agar abang tiada masalah.
agar abang tenang tanpa aku dalam hidup abang lagi.
semoga abang tak ada masalah lagi
wahai aku kuatlah
jangan kamu mengingati lagi orang yang tidak memerlukan kamu,
belajarlah untuk melupa orang yang tidak menghargai anda.
belajarlah untuk menjadi kamu yang dulu,
yang tiada dia dalam hidup cinta.
.
wahai Allah,
mengapa dalam takdir aku ada dia,
mengapa ada dia untuk membuatkan aku menangis,
andai inilah cara Engkau memanggil aku untuk rukuq dan sujud
dengan lebih khusyuk..aku redha ya Allah,
tapi berilah aku kekuatan,
aku tidak kuat menanggung segala kepedihan.
hati aku ni terkoyak kerana kesedihan,
hati aku ini nyilu kerana orang perlakukan aku begitu,
hati aku ini sedih mata aku tak berhenti menangis,
tabahkan hati ini, sabarlah mata,
jangan menangis serah pada Allah,
kerana aku pasti suatu hari
Allah kan memberi tenang jiwa.
menitipkan bahagia selepas derita.
redhalah hati dengan ketentuan Allah.

amin ya Allah.

....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment