"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Saturday 15 October 2011

Sampaikan salam kasih...

salam sayang,
Abang apa khabar,
Semoga sihat2 aja selamat menjalani penghidupan seharian,
maaf lama tak mesej, bukan tak ingat,
Tapi cuma hantar doa ja tiap hari semoga abang sihat dan bahagia...

Sungguh tiap hari tika aku bangun tidor
abanglah orang pertama yang aku ingat,
abanglah yang ada dalam kotak minda ini,
namun aku kuatkan hati, aku mohon agar aku sabar,
aku cuba buat seperti biasa seperti tiada ada apa2..
segalanya aku simpan di minda ku pejamkan mata,
segalanya aku simpan di sini, di hatiku yang terdalam.

Sayang...
kasih ingatlah...
mungkin rasa ini kamu seorang saja yang merasa,
kamu usah mengada-adanya...hehehe.
jadi aku buat seperti biasa2 seperti tiada apa2...
tetapi dalam hati ini hanya Allah saja yang tahu betapa tersiksanya

Sungguh,
Allah mencipta kamu,
Allah memberi rezeki pada kamu,
Allah memberi nyawa pada kamu dan Allah yang menjaganya,
jadi aku serah semuanya pada Allah memelihara kamu
agar kamu selalu sihat, selamat dijauhkan dari segala mara bahaya atau maksiat.

Sungguh...
pertemuan antara kamu dan aku
amat mudah bagi Allah andai Allah mahu,
tidak mustahil bagi Allah kerana Allah menjaga langit dan bumi ini tanpa susah payah,
apatah lagi andai Allah mengizinkan temu titik silang cinta antara kita,
adalah mudah bagiNya,
tetapi Allah sekadar mahu menguji aku,
dengan perpisahan sementara antara kita di dunia,
perpisahan oleh kerana jarak dan takdir Allah,
aku rela dan redha aja,
aku pasti ia adalah yang terbaik buat kita,
aku sandarkan segalanya pada Allah,
Tuhan aku dan Tuhan kamu..
pada Allahlah aku berserah diri
dan mengucap tasbih.dan berzikir....

Semoga hati aku jadi tenang,
semoga mata aku tidak menangis lagi,
semoga aku tidak bersedih-sedih lagi.
semoga aku dapat menjalani penghidupanku seperti biasa,
kerana ada kamu di hatiku yang sentiasa mengasihi aku..hehehe.

amin ya Allah.
15.10.2011
.........................
nota cinta.
sungguh aku tak pernah berhenti mengingati dan menyintaimu...selagi hayat di kandung badan selagi itulah cinta itu mengalir tak pernah berhenti...umpama air di kali yang sentiasa mengalir ke muara setiap hari...!! ....................................
 slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment