"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Tuesday 25 October 2011

Kurniakan hamba takwa.

salam sayang..
hari tu aku tanya camana agaknya main golf.
tapi abang kata..nantilah bila ada masa cita..
aku tak tahu sangat ilmu main golf tu, mungkin katok bola sana,  katok bola sini,
kemudian usahakan bagi bola masuk lubang...menang la kot,,,hehehe..

Suatu hari...abang sakit,
aku dapat berita bahawa abang sakit, dok kat hospital lama..juga lebih kurang 2 minggu,
kemudian abang balik kampung,,,rehat kat kampung...
Sememangnya aku pun tak tahu sangat cita cam mana...lagi pula sapa la aku nak di beritahu..
aku bukan siapa2nya abang ...
tak apa la..segalanya aku sabar...sabar dalam rindu, sabar delam airmata.
Ya airmata itu adalah untuk mencuci dosa2...
dan airmata pembalasan atas perlakuan aku 26 tahun yang.lalu..
Segala ini aku sedang menjalani fasa2 pembalasan Tuhan,

Ya....
sungguh,,,andai kita bersalah...dan kita tidak menyedarinya...
juga akan mendapat pembalasan yang setimpal daripada Allah s.w.t...
Tidak boleh tidak kita lari daripadanya, kerana Allah sediakan malaikat untuk menulis amalan manusia, sementara malaikat itu tidak tidur, dia sentiasa mencatat segala perlakuan kita...
Sungguh pembalasan Allah itu sangat sakit,...sangat perit..
sehingga kita merasakan dunia yang luas ini tidak bermakna bagi kita,
andai kita tidak punya cinta kasih sayang yang kita damba...

Sekarang aku dah semakin mengerti hakikat cinta kasih sayang...
ia amat bermakna dalam kehidupan...
ia adalah semangat dan kekuatan,
ia adalah lampu penyuluh jalan,
ia adalah sumber kebahagiaan...
namun hanya Allahlah sumber khazanah cinta kasih sayang itu,
aku bermohon padaMu ya Allah, limpahilah padaku cinta kasih sayang itu,
jangan Kau cabutkan ia dari aku, kerana aku tidak boleh hidup tanpa cinta kasih sayang itu..
tetaplah ia bersemadi dalam hati dan mataku,
satukan hati kami dalam cinta kasih sayang itu selamanya...
di duniaMu dan akhiratMu jua...

Tiap hari...airmataku selalu menitik,
ingatanku pada abang tak pernah pudar, ia ada sentiasa ada seumpama nafas yang ku hela....
hati aku ini sentiasa bersedih, dan mata aku sentiasa mahu menangis...
tapi aku dah  meminta ampun pada Allah, aku dah minta maaf pada abang..
semoga abang dapat memaafkan aku...semoga masa-masa aku tak terbuang,
semoga sisa-sisa masa dan cinta aku berfaedah pada semua,
semoga aku tak prasangka buta, semoga aku tak cemburu buta...
kerana yang buta-buta itu semua akan membuatkan hidup aku jadi susah..
semoga tak datang lagi salah faham..
semoga kita sentiasa berbaik-baik dalam meneruskan perjalanan....
sebaiknya aku harus belajar meminta penjelasan,
aku perlu belajar mengemukakan persoalan,
dan sabar menanti jawapan...hehehe..
jangan aku banyak membuat andaian..

Suatu hari...aku terbayang....
andai kesakitan di dunia ini...umpama bola golf yang kena pukulan.
Lalu bola itu bergulingan...kemudian ia dipukul lagi..
sehinggalah bola itu masuk ke dalam lubang.
Bola itu adalah kita.... manusia,
pukulan itu adalah cobaan demi cubaan dalam kehidupan...
Lubang itu adalah lahat..hakikat kematian..
Saat kita berada di dalamnya,
saat dunia tidak memperdulikan kita,
saat dunia meninggalkan kita,
saat kita meninggalkan dunia...
saat kita besendirian di dalamnya...tanpa sanak saudara.
saat kita pergi menemui Allah,
sudahkah kita besedia zahir dan bathin kita,
sudahkah cukup amalan kita.
masihkan ada peluang untuk kita kembali ke dunia untuk memperbaharui ikrar kita,
untuk beribadat sepenuh jiwa raga kita,
masih sempatkah kita untuk sujud panjang di malam2nya..

Wahai Allah,
panjangkanlah hayat hamba,
terimalah solat hamba, terimalah zikir hamba,
terimalah perhambaan hamba..
jangan hamba lalai lagi dengan kesibukan dunia,
sungguh dunia ini tiada nilainya di sisiMu, melainkan hati hamba2 yang bertakwa.
jangan hamba di sesatkan lagi dengan rundu-rinduan yang membuta gila..
jangan hamba di tipu daya oleh syaitan yang hanya mahu hamba rosak binasa..
ampunilah hamba, tunjukilah hamba untuk lebih bertakwa
dalam cinta kasih sayang yang sebenar alamatnya.
iaitu hanya padaMu Ya Allah seru sekalian makhluknya.

amin ya Allah.
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment