"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
"(Kahlil Gibran)

Tuesday 11 October 2011

Rasa hati ini...

aku bicara melalui hati...
lalu hati itu yang tersentuh...airmata akan mengalir,
biarkan airmata itu mengalir kerana setianya pada hati.
untuk menyatakan cinta kasih...
...........................................


Salam sayang..
alhamdulillah abang dah sihat,
abang dah kuar hospital, 
abang dah balik kampung...


tapi terasa sedih,
aku tak dapat melawat abang,
aku tak dapat melihat abang,
aku tak dapat berbicara panjang,


maaf sayang..
andai aku tidak dapat bertandang,
andai aku tidak pandai mengambil hati abang,
andai aku memilih diam..


aku tahu..
aku bukan siapa2 buatmu,
dia ada selalu di sisimu..
aku hanyalah mimpi-mimpimu..


tak apalah,
aku redhalah,
aku tahu inilah jalan terbaik buat kita,
ini takdir aku dalam cinta.


aku pasrah...
aku bersyukur andai kamu sihat,
andai kamu ada aku bahagialah,
walau aku cuma boleh memandang shj..


~salam kasih sayang.
11.10.11
..........................
nota cinta.
tarikh ini cantik...11 hb 10..2011., selalu tarikh 11 ini tarikh temu hari lahir abang...abang kan lahir 11.03.....tiap kali  temu dengan angka 11 aku teringat..abang..kasih sayangmu yang tak pernah padam...sentiasa bersinar di hati hamba...insyaAllah sayang.
....................................
slm..rindu tak pernah padam, kasih tak pernah hilang, sayang tak pernah dilupakan.moga kita berbaik2 sja ya..~cintkasihsyg

No comments:

Post a Comment